Dua Maut, Kereta Rempuh Lori Dari Arah Bertentangan – KM12 Jalan Kuantan Gambang - pakdin.my

kemalangan-jalan-kuantan-gambang-131123

Dua maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di Pahang.

Kejadian berlaku di batu 12 jalan Kuantan, Gambang pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai M. Kanayan, 36 tahun dan R. Raman, 54 tahun, terbunuh selepas cedera di beberapa bahagian badan dan kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, ketika kejadian kereta yang dipandu Kanayan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori terbabit.

Kanayan mati di tempat kejadian.

Manakalan Raman yang cedera parah meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kemalangan masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

UTAMABERITADua Maut, Kereta Rempuh Lori Dari Arah Bertentangan - KM12 Jalan Kuantan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium