Dua maut, nahas di Bukit Beruntung - pakdin.my

HULU SELANGOR – Dua remaja lelaki maut manakala rakan mereka cedera apabila motosikal yang dinaiki mereka bertiga bertembung sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Adenium, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, J. Jeganraj dan K. Sasi Dharan, masing-masing berusia 16 tahun, maut di tempat kejadian manakala mangsa ketiga yang cedera parah hanya dikenali sebagai Arun, 18.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata motosikal ditunggang Jeganraj bersama dua lagi rakannya bertembung kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun.

“Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa terpelanting ke kiri jalan. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Supramaniam berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, katanya.

UTAMABERITADua maut, nahas di Bukit Beruntung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium