25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Dua Maut Nahas Ngeri Tiga Kenderaan Di Temerloh

kemalangan-ngeri-temerloh-1 kemalangan-ngeri-temerloh-2 kemalangan-ngeri-temerloh-3

KUANTAN: Dua maut dalam nahas ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di km125 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Seberang, di Temerloh pada Selasa.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, penunggang motosikal Mohd Nasir Yunus, 58, dan pemandu kereta Norfaidatul Akma Muhammad Di, 26, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata ketika kejadian, kereta jenis Nissan yang dipandu Norfaidatul Akma dari arah Maran dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar motosikal yang ditunggang Mohd Nasir di hadapannya.

“Akibat pelanggaran itu kedua-dua kenderaan terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh lori kren yang datang dari arah bertentangan dan diseret sejauh kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi.

Kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian, manakala pemandu lori berkenaan hanya cedera ringan.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Temerloh untuk bedah siasat,” katanya.

Berita Berkaitan

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

[Video] Pesawat ringan mendarat cemas dikendali juruterbang profesional

KULAI: Kerosakan enjin dipercayai menjadi punca pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza N5045B, mendarat cemas...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...