Dua maut, seorang parah kemalangan di kilometer 216.2 Lebuhraya PLUS - pakdin.my

kemalangan-vios-bas-taiping

Taiping: Dua wanita maut, manakala seorang remaja perempuan parah selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di kilometer 216.2 Lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran susur keluar Tol Kamunting pada 8.15 malam tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam sebelum segera mengerakkan sepasukan anggota bersama satu jentera ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba anggota mendapati dua buah bas dan lima kereta terbabit dalam kemalangan itu.

“Ketiga-tiga mangsa berada dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios berjaya dikeluarkan oleh anggota bertugas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

“Dua buah bas ekspres dan tiga kereta termasuk dua kenderaan pacuan empat terbabit dalam kemalangan itu,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu turut menyebabkan lalu lintas sesak teruk sehingga lebih lima kilometer.

UTAMABERITADua maut, seorang parah kemalangan di kilometer 216.2 Lebuhraya PLUS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium