25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Dua Pekerja Kilang Maut Dalam Kemalangan Bas Kilang

Keadaan sebuah bas kilang yang remuk menyebabkan dua maut di Kilometer 150.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar Bukit Tambun di Nibong Tebal, kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat
Keadaan sebuah bas kilang yang remuk menyebabkan dua maut di Kilometer 150.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar Bukit Tambun di Nibong Tebal, kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat

NIBONG TEBAL: Dua pekerja kilang maut apabila bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 150.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar Bukit Tambun, di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Nurul Nadirah Sudin, 18, dan Samsiah Hasan, 22, masing-masing berasal dari Taiping dan Batu Kurau, Perak, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang membawa 17 pekerja kilang dalam perjalanan dari Tanjung Piandang, Perak ke kawasan perindustrian di Perai, cuba memasuki lorong kiri lebuh raya sebelum hilang kawalan lalu merempuh kereta yang bergerak seiring di lorong kiri.

“Kedua-dua kenderaan itu terbabas dengan bas terbalik ke kawasan semak di kiri lebuh raya,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu bas dan sembilan pekerja kilang yang cedera kini dirawat di Hospital Seberang Jaya manakala enam lagi pekerja yang cedera ringan telah dibenarkan pulang.

Seorang pekerja kilang Canon, Hamizah Shamsuddin, 37, mencerita detik kemalangan yang melibatkan bas kilang yang dinaiki bersama sebuah kereta di kilometer 150.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) kira-kira pukul 6.30 pagi Jummat semasa menerima rawatan sebagai pesakit luar bersama lima lagi rakannya di Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang.
Seorang pekerja kilang Canon, Hamizah Shamsuddin, 37, mencerita detik kemalangan yang melibatkan bas kilang yang dinaiki bersama sebuah kereta di kilometer 150.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) kira-kira pukul 6.30 pagi Jummat semasa menerima rawatan sebagai pesakit luar bersama lima lagi rakannya di Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Katanya, pemandu kereta berusia 21 tahun itu hanya mengalami cedera ringan.Shafien berkata jenazah kedua-dua pekerja itu telah dituntut oleh keluarga masing-masing.

Sementara itu, bapa Nurul Nadirah, Sudin Ismail, 45, ketika ditemui berkata beliau mendapat panggilan daripada abang iparnya kira-kira pukul 6.45 pagi memberitahu kemalangan itu, bagaimanapun beliau tidak diberitahu yang anaknya telah meninggal dunia.

Beliau berkata beliau amat terkejut dengan berita kematian anaknya itu yang kali terakhir mereka berjumpa ialah minggu lepas.

Ibu saudara Nurul Nadirah, Hamisah Samsudin, 37, berkata bas terhuyung-hayang secara tiba-tiba hingga menyebabkannya memegang kerusi dengan kuat.

“Sedar-sedar bas dah terbalik. Saya merangkak keluar mengikut cermin hadapan bas,” kata ibu kepada tiga orang anak itu yang cedera di bahu.

Seorang lagi mangsa, Fazilawati Md Rasdi, 30, dari Batu Kurau berkata ketika kejadian beliau sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan rakan sekerjanya sebelum bas itu terbalik.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan