Dua pelajar maut, 2 cedera lori hantu terbabas rempuh 19 kenderaan - pakdin.my

lori-hantu-ternabas-2 maut-kajang

KAJANG: Dua pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Bandar Damai Perdana, Kajang maut selepas sebuah lori hantu terbabas sebelum melanggar beberapa kenderaan dan 15 motosikal diparkir di hadapan sekolah berkenaan, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari, dua wanita yang kebetulan berada di situ turut dilaporkan cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata dua pelajar perempuan itu tersepit di bawah sebuah van NISSAN Vanette yang remuk selepas dirempuh lori hantu berkenaan yang dilaporkan menghadapi masalah brek.

“Bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan pada pihak polis sebelum dibawa ke hospital,” katanya, tadi.

lori-hantu-terbabas-2 maut-kajang (2)

lori-hantu-terbabas-2 maut-kajang (4)

lori-hantu-terbabas-2 maut-kajang (5)

UTAMAPOLITIKDua pelajar maut, 2 cedera lori hantu terbabas rempuh 19 kenderaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium