Dua penyamun maut nahas tidak jauh daripada lokasi jenayah - pakdin.my

JOHOR BAHRU 10 November 2015. ( METRO JB048D / BH JBH462C ) Dua lelaki dipercayai baru melakukan samun maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki bertembung dengan sebuah pikap Tenaga Nsional Berhad di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuning, Taman Pelangi. NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin
JOHOR BAHRU 10 November 2015. ( METRO JB048D / BH JBH462C ) Dua lelaki dipercayai baru melakukan samun maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki bertembung dengan sebuah pikap Tenaga Nsional Berhad di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuning, Taman Pelangi. NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU  – Dua penyamun maut dalam kemalangan beberapa minit selepas menyamun seorang ahli perniagaan apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Taman Pelangi, di sini Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata pada kejadian pukul 11.30 malam itu, ahli perniagaan berusia 33 tahun berkenaan disamun ketika mangsa turun dari keretanya untuk membeli makanan di Jalan Abaid di taman itu.

Seorang lelaki bersenjata parang berukuran kira-kira 30 sentimeter tiba-tiba menghampirinya dan merampas beg sandang dibawanya, sebelum melarikan diri dengan kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki lain, katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa malam.

Mangsa kemudian mengejar suspek dengan keretanya hingga ke Jalan Kuning namun apabila menyedari diekori, suspek memecut kenderaan ke arah Taman Pelangi sebelum terbabas ke kanan jalan.

“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta suspek bertembung pula dengan kenderaan pacuan empat roda Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dinaiki dua pekerja yang datang dari arah bertentangan.

“Berikutan pertembungan itu, kedua-dua suspek meninggal dunia di tempat kejadian manakala pekerja TNB berkenaan masing-masing cedera di kepala dan patah kaki kanan,” katanya.

Sulaiman berkata polis telah berjumpa dengan mangsa sebaik dimaklumkan kejadian itu dan turut menemui beg sandangnya yang mengandungi dokumen diri dan wang tunai RM200.

Sebilah parang yang digunakan untuk mengugut mangsa juga ditemui.

Beliau berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 34 tahun dan merupakan pengganggur.

Seorang daripada mereka juga didapati mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata parang dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UTAMABERITADua penyamun maut nahas tidak jauh daripada lokasi jenayah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium