27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

Dua Pesawat TUDM Dan TRAF Bawa Pulang Mangsa Nahas Bas Di Chiang Mai Dan Waris

bas-pelancung-malaysia-nahas-chiang-rai

Jenazah 13 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kemalangan bas di Thailand pada Ahad dan waris mangsa kini dalam penerbangan pulang ke tanah air menggunakan dua pesawat tentera milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Thailand.
Wisma Putra dalam kenyataan malam ini berkata kedua-dua pesawat berlepas tengah malam ini dan diiringi pegawai kanan kerajaan Malaysia dan petugas perubatan.
“Kedua-dua pesawat dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pada awal pagi 23 Dis.
“Kerjasama kedua-dua negara ini memperlihatkan hubungan dua hala yang kukuh antara kerajaan Malaysia dan Thailand. Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Thailand atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada Malaysia dalam masa yang sukar ini,” menurut kenyataan itu.
Ahad lepas, seramai 13 daripada 22 warganegara Malaysia disahkan terkorban dalam nahas bas yang berlaku pada 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).
Menurut laporan berita antarabangsa, bas itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.