26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Dua Rakyat Malaysia Cedera, Tujuh Mati Kemalangan Van Di Songkhla

kemalangan-van-songkhla

SONGKHLA  — Dua orang rakyat Malaysia adalah antara lapan orang yang cedera dalam nahas yang turut mengorbankan tujuh orang lagi dekat Kampung Khoksai di sini awal pagi tadi.

Warga Malaysia itu dikenali sebagai Abdul Karim Alias, 45, dari Kuantan, Pahang dan Abdul Halim Ismail, 43, yang dimasukkan ke Hospital Chana.

Ketua Polis Mukim Kuanmeed, Daerah Chana, Insp Seri Sukkasikorn berkata kemalangan berlaku sekitar 4.30 pagi yang mengorbankan pemandu van berbangsa Thailand serta enam warga Kemboja.

“Kemalangan berlaku apabila pemandunya tertidur semasa memandu akibat keletihan setelah memandu agak lama dan menyebabkan vannya terbabas dan seterusnya melanggar pokok,” katanya.

Beliau berkata pasukan penyelamat dan polis bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan mangsa sebelum dihantar ke Hospital Chana.

Abdul Karim berkata pemandu van didapati tertidur sebelum van terbabas dan melanggar pokok.

Beliau yang cedera ringan berkata terdapat 15 orang penumpang dalam van itu iaitu dua warga Malaysia, dua warga Thailand termasuk pemandunya dan 11 warga Kemboja.

Van tersebut bertolak dari Wilayah Sakeaw tengah hari semalam.

Abdul Karim berkata van itu disewa dari Narathiwat untuk ke Sakkaew, timur Thailand yang bersempadan dengan Poipet, Kemboja bagi mengambil pekerja untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Berita Berkaitan

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di...

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...