30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Dua rangka mangsa letusan gunung berapi 79 Masihi ditemui

POMPEII, ITALI: Mayat dua mangsa letusan Gunung Vesuvius hampir 2,000 tahun lalu digali di sebuah villa besar di pinggir bandar ini, menurut pegawai laman web arkeologi, semalam.

“Dua rangka individu yang terperangkap dalam letusan telah dijumpai,” kata pegawai itu yang berada di tapak berkenaan berhampiran Naples, dalam satu kenyataan.

Penyelidik percaya, berdasarkan keadaan rangka mangsa berkenaan, ia dipercayai adalah seorang budak dan lelaki tua kaya, berusia sekitar 40-an yang mungkin pemilik villa, berdasarkan sisa pakaian dan penampilan fizikal mereka.

Kota Pompeii hancur akibat lumpur panas dan lava akibat letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 Masihi.

Ia kini menjadi tempat tarikan pelancongan kedua yang paling banyak dikunjungi di Itali selepas Colosseum Rom, dengan hampir empat juta kunjungan tahun lalu.

Tapak besar seluas 44 hektar itu adakah sebahagian sisa dari salah satu bandar terkaya dalam empayar Rom.

Sisa letusan gunung berapi itu menenggelamkan banyak bangunan dan objek yang masih dalam keadaan asal termasuk mangsa yang meringkuk.

Penyelidik kemudian menganalisa tulang dan kemudian mencurahkan lepa seperti teknik yang diciptakan oleh Giuseppe Fiorelli pada tahun 1867 ke atas rangka itu.

Berdasarkan lepa itu, jelas memperlihatkan bentuk tubuh kedua-dua mangsa, dalam kedudukan terlentang, besar kemungkinan kedua-duanya terjatuh.

Kedua-dua rangka itu ditemui ketika kerja penggalian berterusan dijalankan di Civita Giuliana, sekitar 700 meter di barat laut Pompeii, di tapak sebuah villa yang menghadap ke Teluk Napoli, tempat yang sama ditemui kandang dan tiga ekor kuda.

Kedua-dua rangka itu dijumpai di ruang sisi ‘cryptoporticus’ di koridor di bahagian bawah villa, kemungkinan mereka ketika itu melarikan diri untuk mencari perlindungan.

Kerja penggalian diteruskan di tapak Pompeii susulan sektor pelancongan kini terpaksa dihentikan kerana pandemik COVID-19. – AFP

Berita Berkaitan

UAE kini benarkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah

ABU DHABI: Pengambilan alkohol kini bukan lagi kesalahan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selagi...

Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa...

Ulama tersohor Syria selamat disemadi

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid...

COVID-19: Arab Saudi antara negara terawal terima vaksin

JEDDAH: Arab Saudi menandatangani perjanjian untuk menerima bekalan awal dua atau tiga vaksin berbeza...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...