Dua remaja perempuan asrama madrasah tahfiz al-Quran Batu Berendam hilang - pakdin.my

remaja-perempuan-tahfiz-hilang

MELAKA: Dua remaja perempuan 14 tahun juga pelajar yang tinggal di asrama madrasah tahfiz al-Quran di Batu Berendam, di sini, dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Difahamkan kehilangan kedua-dua pelajar perempuan itu disedari kakitangan madrasah selepas mendapati mereka tidak menghadiri kelas pada pagi hari berkenaan.

Mohd Rehan Hasan, 54, bapa Nurul Husna, seorang daripada pelajar yang hilang berkata, anaknya tinggal di asrama itu sejak tujuh bulan lalu selepas di hantar untuk mengikuti pengajian di madrasah terbabit.

“Saya tahu perkara ini selepas dihubungi pihak madrasah, kakitangan terbabit memaklumkan mereka sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak saya dan seorang lagi pelajar.

“Kini saya sedang menunggu perkembangan lanjut daripada pihak madrasah, saya tidak menolak kemungkinan Nurul Husna, mengikut rakannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Risau dengan keselamatan anaknya dia meminta bantuan daripada orang ramai yang melihat atau tahu lokasi kedua-dua remaja terbabit supaya menghubungi di talian 016-2211397, 0166712437 atau 019-2717314.

UTAMADua remaja perempuan asrama madrasah tahfiz al-Quran Batu Berendam hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium