Dua sahabat lemas di Pertak #pakdin.my

lemas-sungai-selangor

Kuala Kubu Bharu: Dua penuntut sebuah kolej lemas selepas mandi bersama tiga rakannya di air terjun Sungai Selangor di Kampung Orang Asli Pertak kira-kira 3 petang tadi.

Kedua-dua mangsa ditemui pada jarak dua meter antara satu sama lain di tengah sungai yang berkedalaman kira-kira lapan meter.

Pemangku Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, P Kireetharan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 3.19 petang dan tiba di lokasi pada 3.38 petang.

“Mangsa pertama dikenali sebagai L Viknesh, 25, ditemui di tengah sungai pada 4.08 minit.

“Mangsa kedua ditemui pada 4.21 petang kira-kira dua meter dari kedudukan mangsa pertama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat manakala tiga lagi rakan mangsa selamat.

Berkaitan