Dua Suspek Mati Ditembak Selepas Larikan Kereta Di Persiaran Bukit Utama, Damansara - pakdin.my

Anggota polis dari unit forensik memeriksa mayat penjenayah samun kereta mewah yang mati ditembak di Persiaran Bukit Utama, Bandar Utama.

Dua lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis selepas mereka melarikan sebuah kereta jenis Honda Civic di Persiaran Bukit Utama, Damansara Jumaat malam.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, suspek melepaskan tembakan ke arah polis peronda setelah menyedari kehadiran mereka semasa sedang menukar plat nombor pendaftaran kereta yang dilarikan itu di sebuah lorong gelap.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis telah bertindak melepaskan dua das tembakan ke arah polis yang mengenai cermin hadapan kereta polis. Ini menyebabkan kejadian berbalas tembakan dan kedua-dua suspek mati di tempat kejadian,” katanya pada sidang berita di tempat kejadian.

Beliau berkata polis turut menemui sepucuk pistol, sebilah pisau rambo, sebilah parang dan nombor plat pendaftaran palsu bersama-sama suspek yang terbunuh.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 37, (dari Taman Ampang Indah) dan 39 tahun itu, (dari Seksyen 1, Wangsa Maju) mempunyai rekod jenayah lampau.

UTAMABERITADua Suspek Mati Ditembak Selepas Larikan Kereta Di Persiaran Bukit Utama, Damansara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium