25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Dua Wanita Culik Dan Jual Bayi Ditahan

Anggota Polis membawa dua suspek yang ditahan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town untuk siasatan lanjut.
Anggota Polis membawa dua suspek yang ditahan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town untuk siasatan lanjut.

Polis pada Ahad menahan dua wanita yang dipercayai menculik dan menjual bayi perempuan berusia tujuh bulan dari rumah neneknya di Air Itam dekat sini pada Khamis lepas di stesen bas Butterworth.

Jurucakap polis berkata, dua wanita berusia 30-an itu ditahan pada 3.30 petang Ahad ketika baru sampai dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres.

“Polis berjaya mengesan mereka melalui talian telefon bimbit yang digunakanseorang daripada suspek berkenaan berikutan wanita terbabit masih menggunakan nombor yang sama.

“Difahamkan wanita itu menggunakan nombor yang sama kerana mahu berhubung dengan pembeli bayi berkenaan berikutan pembelinya masih berhutang dengan mereka,” katanya di sini, Ahad.

Katanya, siasatan awal mendapati seorang daripada wanita itu melarikan diri ke rumah suaminya di Negeri Sembilan bagaimanapun dipercayai pulang semula ke negeri ini bagi mengambil baki wang jualan bayi berkenaan.

“Dengan menggunakan kaedah teknikal dan kerjasama daripada syarikat telekomunikasi polis berjaya mengesan mereka melalui isyarat telefon bimbit.

“Sepasukan anggota polis dikejarkan ke stesen bas itu dan berjaya menemui kedua-dua wanita itu dalam sebuah bas ekspres yang baru tiba dari Kuala Lumpur,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh ketika dihubungi memaklumkan sidang akhbar mengenai kes itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Isnin.

Akhbar melaporkan bayi berkenaan diculik dua wanita kira-kira 3 petang Khamis setelah mereka mengunjungi rumah nenek bayi itu di Air Itam dengan alasan hendak membawa bayi itu bermain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah dilaporkanberkata, nenek itu membenarkan mereka membawa bayi itu kerana beliau mengenaliseorang daripada wanita terbabit tetapi nenek itu mula mengesyaki sesuatu apabila kedua-dua wanita itu tidak muncul selepas 30 minit berlalu.

Beliau berkata, hasil tindakan pantas dan maklumat yang diperoleh polis berjaya menahan lelaki berumur 60 tahun di Balik Pulau, tengah hari Jumaat dan menemui bayi berkenaan dalam keadaan selamat.






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan