Dua warga emas maut di tetak dan tikam suspek yang sama di tempat berasingan - pakdin.my

SEGAMAT: Dua lelaki warga emas maut selepas diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang dalam dua kejadian berasingan di Buloh Kasap, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, DSP Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan dan gerai menjual durian kira-kira jam 6 petang.

“Dalam kejadian pertama, suspek berumur 33 tahun yang menaiki motosikal berhenti di hadapan sebuah kedai makan sebelum turun dan menetak seorang lelaki berusia 70-an yang sedang minum di kedai situ.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan badan,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, suspek kemudian berjalan menuju ke sebuah gerai menjual durian kira-kira 200 meter dari lokasi pertama sebelum menikam peniaga durian berusia 60-an menggunakan senjata sama dan mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Awam Buloh Kasap.

Beliau berkata polis kemudian berjaya menahan suspek di lokasi kedua dan menemui parang yang digunakan oleh suspek warga tempatan itu.

Menurutnya, motif sebenar kejadian masih disiasat dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

UTAMABERITADua warga emas maut di tetak dan tikam suspek yang sama di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium