Dua warga Singapura maut kereta Porsche rempuh penghadang jalan (video) #pakdin.my

Dua warga Singapura maut kereta Porsche

Dua warga Singapura maut setelah kereta Porsche yang dinaiki terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan, di Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban berhampiran susur Desa Petaling, awal pagi tadi.

Salah seorang mangsa dikatakan pernah menjuarai kejohanan Supercar Drag Race Dan Time-To-Attack, di Litar Antarabangsa Sepang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 pagi tadi, di Kilometer 3.9

Siasatan awal polis mendapati, kereta Porsche ini dipandu laju sebelum hilang kawalan.

Akibat rempuhan sebahagian besi pembahagi jalan sepanjang 20 meter ini, menembusi bahagian tepi cermin kereta.

Rempuhan kuat juga menyebabkan salah sebuah tayar kereta ini tercabut.

Kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah di muka dan kepala.

Pasukan dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Besi mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa yang tersepit.

Mangsa dikenali sebagai Kwek Kon Chun, 35 tahun dan Franco Toh, 43 tahun.

Kwek kon chun sering menyertai pelbagai kejohanan lumba kereta yang dianjurkan di negara ini, manakala Franco adalah seorang jurufoto profesional.

Mayat dihantar ke hospital kuala lumpur untuk bedah siasat.

Saksi kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

 

 

Berkaitan