Dulu Penjarakan Peliwat, Hari Ini Mahu Bebaskan Peliwat

Dunia sudah terbalik. Apa yang dulu dianggap sebagai kunyit yang jijik, kini dianggap suci dan wangi. Semua itu bertukar semata mata hanya kerana mengejar kuasa untuk anak sendiri dan kroni. Peliwat pun sudah dianggap tahanan politik oleh Mahathir.

Semalam, dalam satu kenyataan, Mahathir menyatakan Anwar sebagai tahanan politik yang telah menjalani hukuman penjara lebih daripada 34 bulan dan kini memerlukan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Bekas IGP sangkal dakwaan Anwar tahanan politik
https://www.malaysiakini.com/news/405431

Video:


https://youtu.be/WfmzX6gctUo

Mahathir  membuat gesaan itu dalam kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia yang berpangkalan di AS, Kimberly Motley.

“Anwar adalah tahanan politik dan telah menjalani hukuman penjara lebih daripada 34 bulan. Beliau dijadualkan untuk dibebaskan pada bulan Jun 2018 dan keadaan kesihatannya sekarang menjadi kebimbangan kepada keluarganya, kawan-kawan, dan orang ramai di seluruh dunia,” kata kenyataan bersama Mahathir dan Kimberly Motley, peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat.

Dulu kata media asing dan badan hak asasi ini cuba campuri urusan negara ini bila pertikai mengapa Mahathir penjarakan Anwar Ibrahim. Kini sudah bercium mulut pula dengan media asing dan badan hak asasi ini semata mata hanya kerana hendak mengejar kuasa dan menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Dulu apa yang Mahathir tidak pernah kata pada Anwar Ibrahim. PKR ditubuhkan kerana marahnya Anwar Ibrahim dan keluarganya terhadap tindakan Mahathir memenjarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat.

http://pakdin.my/mahathir-u-turn-kes-liwat-anwar-ibrahim/

Pada 22 September 1998, dalam satu sidang media di Jabatan Perdana Menteri, Mahathir tampil menceritakan tentang aktiviti liwat Anwar Ibrahim.

“Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara ini,” kata Mahathir.

Bukan setakat itu sahaja, Mahathir menjelaskan lagi bahawa ada “seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat, tetapi semasa proses itu beliau (Anwar)… saya tidak tahu apa anda menyebutnya… melakukan onani terhadap lelaki itu?” kata Mahathir.

Hari ini bila ditanya soalan mengenai liwat ini, Mahathir beri jawapan lain. Tidak menjawab dengan jujur dan jelas apa yang disoal.

Mahathir dulu cukup yakin dan percaya Anwar melakukan liwat biarpun tidak berada sama dalam bilik kejadian liwat itu berlaku. Tahu semua perkara. Namun bila hilang RM32 billion dari Bank Negara, Mahathir boleh cakap “tidak tahu” pula dengan alasan tidak berada dalam bilik urusniaga forex tersebut.

Selama hampir dua dekad Mahathir konsisten percaya Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat itu. Semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, pada 15 April 2011, di Kampung Pulo Ulu, Kuching, Mahathir dalam ceramahnya menyatakan seperti berikut ;

“Akhirnya sekali, orang semacam ini (Anwar) tidak layak menjadi Perdana Menteri, fikirkanlah orang semacam ini kita hendak duduk dekat pun takut. Maaflah saya cakap kotor sikit. Tak berani beralih belakang kat dia pun (Anwar),” kata Mahathir.

Hari ini orang yang dikata oleh Mahathir melakukan perbuatan kotor itulah yang mahu dibebaskan oleh Mahathir. Pada 12 November 2016, di konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Mahathir memakai badge “Free Anwar Ibrahim”.

Pada 22 Mei 2017, di Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 di Shah Alam, Mahathir tandatangan petisyen untuk bebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.  Pada 30 September 2017, di Akademi Ulum Munawwarah, Bandar Baru Bangi, Mahathir bersolat hajat untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

6 Julai 2017, dalam satu temubual dengan akhbar The Guardian, Britain, Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan agar Anwar Ibrahm menjadi Perdana Menteri. Satu demi satu pusingan ‘u turn’ dibuat oleh Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.

Satu sahaja pusingan ‘u turn’ yang masih belum dibuat oleh Mahathir iaitu mengakui bahawa dulu Anwar Ibrahim adalah bukan peliwat dan Anwar dihukum penjara kerana kesalahan politik bukannya kesalahan liwat. Perkara ini Mahathir masih belum lagi mengakui sampai hari ini.

Oleh kerana itulah, dalam satu program “What Say Youth Town Hall – Conversation with Tun Mahathir and Lim Kit Siang” yang diadakan pada 22 November 2017, Mahathir ketika ditanya soalan mengenai liwat , Mahathir masih lagi berpegang kepada kenyataan asalnya iaitu Anwar Ibrahim masih peliwat dan melancapi lelaki lain.
Lihat video:
http://portal.pakdin.my/2017/11/video-anak-muda-tanya-mahathir-dakwaan.html

Di sinilah dapat dilihat betapa tidak jujurnya Mahathir. Dulu dia percaya Anwar berkunyit, tetapi sekarang dia kata Anwar dipenjarakan sebab politik pula. Agenda peribadi Mahathir sudah terserlah. Akibat mahu kuasa bagi kepentingan kroni dan anaknya sendiri, kunyit pun sudah jadi suci dan murni.

Lihatlah sendiri betapa berbelitnya perangai seorang yang terlalu hendak pada kuasa. Esok lusa, perangai dia boleh berubah lagi. Kalau ikut apa yang Mahathir cakap, semua rakyat Malaysia akan bergaduh sesama sendiri setiap hari. Oleh itu, jangan percayalah cakap Kerala ini, silap silap dia ‘u turn’ lagi selepas ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB697, Khamis
14 Disember 2017

Comments (126)

  1. Yazid Palal Rp Dec 15, 2017 @ 8:55
  2. Bakhid Ishak Dec 15, 2017 @ 9:06
  3. Rosli Hashim Dec 15, 2017 @ 9:10
  4. Ahmad Ibrahim Dec 15, 2017 @ 9:10
  5. Anya Juka Dec 15, 2017 @ 9:11
  6. Mohd Fadhil Dec 15, 2017 @ 9:11
  7. Manickam Nadeson Dec 15, 2017 @ 9:14
  8. Mohd Rezal Dec 15, 2017 @ 9:15
  9. Iman Azairi Dec 15, 2017 @ 9:21
  10. Mohd Noor Azhari Dec 15, 2017 @ 9:22
  11. Jamaludin Ali Dec 15, 2017 @ 9:22
  12. Mat Jet Dec 15, 2017 @ 9:22
  13. Zul Mahat Lip Dec 15, 2017 @ 9:24
    • Azizan Mahmud Dec 15, 2017 @ 9:46
    • Mizan Syed Dec 15, 2017 @ 10:03
    • EricMicheal Yoong Dec 15, 2017 @ 10:12
    • EricMicheal Yoong Dec 15, 2017 @ 10:12
    • Mat Leng Dec 15, 2017 @ 10:15
    • Mat Leng Dec 15, 2017 @ 10:15
    • Morabiha Morabiha Dec 15, 2017 @ 10:18
    • Morabiha Morabiha Dec 15, 2017 @ 10:18
    • Zul Mahat Lip Dec 15, 2017 @ 10:23
    • Zul Mahat Lip Dec 15, 2017 @ 10:23
  14. Rusli Abot Dec 15, 2017 @ 9:24
  15. Mohd Noor Hairudin Hashim Dec 15, 2017 @ 9:26
    • Azizan Mahmud Dec 15, 2017 @ 9:48
  16. Hakim Bet Dec 15, 2017 @ 9:27
  17. Ku Rassiz Sowwat Dec 15, 2017 @ 9:32
  18. Mohd Taufik Dec 15, 2017 @ 9:43
  19. Yop Yop Dec 15, 2017 @ 9:45
  20. Addy Asmawi Dec 15, 2017 @ 9:56
    • Abdul Hakim Dec 15, 2017 @ 10:48
    • Azmi Hassan Dec 15, 2017 @ 11:05
    • Addy Asmawi Dec 15, 2017 @ 16:52
    • Addy Asmawi Dec 15, 2017 @ 16:52
  21. Mohamad Fadzli Khalil Dec 15, 2017 @ 9:56
  22. Mohd Amir Baba Dec 15, 2017 @ 10:03
  23. Roslan Jaafar Dec 15, 2017 @ 10:05
  24. Roslan Jaafar Dec 15, 2017 @ 10:07
  25. Roslan Jaafar Dec 15, 2017 @ 10:07
  26. Hokage Chai Rasenggan Dec 15, 2017 @ 10:10
  27. Hokage Chai Rasenggan Dec 15, 2017 @ 10:10
    • Jali Kenyalang Dec 15, 2017 @ 19:59
  28. EricMicheal Yoong Dec 15, 2017 @ 10:14
  29. Abd Jalil Dec 15, 2017 @ 10:16
  30. Abd Jalil Dec 15, 2017 @ 10:16
  31. Akhir Zaman Dec 15, 2017 @ 10:26
  32. Mohd Nazri Bakar Dec 15, 2017 @ 10:28
  33. Richard Tatti Padanis Dec 15, 2017 @ 11:06
  34. Zaydee Abrahim Dec 15, 2017 @ 11:06
  35. Zaydee Abrahim Dec 15, 2017 @ 11:06
  36. Azmi Hassan Dec 15, 2017 @ 11:13
    • Hatiah Lazin Dec 15, 2017 @ 13:37
    • Hatiah Lazin Dec 15, 2017 @ 13:37
    • Wanmohamadzaini Wanhassan Dec 15, 2017 @ 21:41
  37. Zaidi Al Pandani Dec 15, 2017 @ 11:23
  38. Abdul Jalil Dec 15, 2017 @ 11:39
  39. Hashim Budin Dec 15, 2017 @ 12:30
    • Abdul Jalil Dec 15, 2017 @ 12:33
    • Abdul Jalil Dec 18, 2017 @ 8:54
  40. Igatt Mancal Dec 15, 2017 @ 13:08
  41. Igatt Mancal Dec 15, 2017 @ 13:08
  42. Ahmad Ibrahim Dec 15, 2017 @ 14:14
  43. Ahmad Sanusi Hussin Ash Dec 15, 2017 @ 14:21
  44. Ayie Ayie Dec 15, 2017 @ 15:01
  45. Ayob Salleh Dec 15, 2017 @ 16:01
  46. Rosmadimatdali Madidali Dec 15, 2017 @ 16:34
  47. Abdul Jalil Dec 15, 2017 @ 16:53
  48. Ahmad Ibrahim Dec 15, 2017 @ 17:01
  49. Abd Malik Jamaludin Dec 15, 2017 @ 17:33
  50. Ahmad Ibrahim Dec 15, 2017 @ 17:50
  51. Nourmala Dealova Dec 15, 2017 @ 18:51
  52. Mohd Darus Said Dec 15, 2017 @ 18:55
  53. Mohd Darus Said Dec 15, 2017 @ 19:00
    • Radzuan Wan Dec 16, 2017 @ 16:13
  54. Abdul Jalil Dec 15, 2017 @ 19:39
  55. Abdul Jalil Dec 15, 2017 @ 19:39
  56. Mohd Darus Said Dec 15, 2017 @ 19:42
  57. Izhar Ali Dec 15, 2017 @ 19:53
  58. Yusman Man Dec 15, 2017 @ 20:05
  59. Yusman Man Dec 15, 2017 @ 20:05
  60. Yusman Man Dec 15, 2017 @ 20:07
  61. Yusman Man Dec 15, 2017 @ 20:07
  62. Joe RZ Zulkefli Dec 15, 2017 @ 20:12
  63. Mohd Darus Said Dec 15, 2017 @ 20:17
  64. Azman Azli Dec 15, 2017 @ 21:28
  65. Rrd Pencen Dec 15, 2017 @ 21:30
  66. Osman Yusof Dec 15, 2017 @ 22:25
  67. Ahmad Mazli Dec 16, 2017 @ 1:24
  68. Hatim Beruas Dec 16, 2017 @ 14:47
  69. Mohd Darus Said Dec 16, 2017 @ 15:19
  70. Radzuan Wan Dec 16, 2017 @ 16:11
  71. Efun Macha Dec 16, 2017 @ 19:33
  72. Shafie Hassan Dec 16, 2017 @ 21:01
  73. Mohd Darus Said Dec 16, 2017 @ 21:30
  74. Amin Arise Dec 17, 2017 @ 8:20
  75. Fadziah Ismail Dec 17, 2017 @ 11:48
  76. Abdul Jalil Dec 17, 2017 @ 13:27
  77. Razak Ahmad Dec 17, 2017 @ 22:04
  78. Ahmad Ibrahim Dec 17, 2017 @ 22:54
  79. Azlan Ahmad Kamarudin Dec 18, 2017 @ 2:42
  80. Sharifah Kamariah Dec 18, 2017 @ 7:03
  81. Teh Yasmin Dec 18, 2017 @ 7:47
  82. Teh Yasmin Dec 18, 2017 @ 7:51
  83. Abdul Jalil Dec 18, 2017 @ 8:58

Leave a Reply