DUN Kajang: Tunggu pengumuman penting @NajibRazak #prkkajang - pakdin.my

najib-MT-2014320174536

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membuat pengumuman penting mengenai keputusan bertanding atau tidak dan parti mana wakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin memberitahu pemberita demikian ketika ditanya mengenai keputusan muktamad BN samada bertanding atau tidak di DUN Kajang.

“Saya tidak mahu mendahului presiden, apa yang saya boleh katakan, keputusannya dijangka secepat mungkin… minggu depan,”ujarnya.

Menurut Khairy, beliau bersetuju supaya BN mengumumkan keputusannya segera bagi memudahkan gerak kerja pilihanraya dibuat di peringkat akar umbi.

bnbbc difahamkan Dewan Tertinggi BN akan bermesuyuarat malam Isnin bagi membincangkan perkara tersebut.

Pada Sabtu, Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan meminta pucuk pimpinan BN membuat keputusan segera sama ada akan bertanding atau tidak di Kajang Mac ini.

Khairy sebelum itu melakukan ‘walkabout’ di Kampung Sungai Kantan Kajang dan mendengar taklimat jentera pilihanraya BN negeri Selangor.

Jelas Khairy, jentera BN kini sudah bersedia untuk berdepan PRK Kajang dan hanya menunggu pengumuman pimpinan BN.

“Calon BN yang mendapat sokongan dari semua kaum, Melayu, Cina, India… calon terbaik untuk berkhidmat kepada penduduk Kajang…”ujarnya ketika ditanya kriteria calon untuk menang di kawasan tersebut.

Mengulas mengenai keputusan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim bertanding sebagai calon bebas, kata Khairy ia menunjukkan wujud protes di kalangan penyokong pakatan pembangkang terhadap langkah politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, langkah Zaid itu merupakan tamparan kepada PKR walaupun ada cakap-cakap ianya strategi Anwar untuk pecahkan undi Melayu di kawasan tersebut.

“Keputusan Datuk Zaid bertanding akan menjejaskan peluang PKR dan bukan BN. Bagi BN, Zaid hanya menambah masalah bagi PKR yang dilihat rakyat sebagai pergolakan dalaman,” katanya.

Beliau turut menyindir Anwar yang dikatakan oleh PKR sebagai ‘pemimpin bertaraf dunia’… tapi tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman parti sendiri.

“PRK Kajang ini terpaksa diadakan kerana Anwar tidak dapat menyelesaikan pergaduhan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim

UTAMAPILIHAN RAYADUN Kajang: Tunggu pengumuman penting @NajibRazak #prkkajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium