DUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun Wakil Rakyat Dari RM4,600 Kepada RM8,000 - pakdin.my

dun-kelantan-elaun-naik

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan, berkuat kuasa Januari depan. Keputusan dibuat selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980. Ahmad berkata, kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.

“Kerajaan negeri sangat memahami perkara ini di mana sebagai wakil rakyat mempunyai banyak tugas berat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

“Mereka perlu mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing bagi menyelesaikan kesengsaraan rakyat.

“Justeru, kadar kenaikan gaji kepada RM8,000 adalah sangat tepat untuk masa ini bagi meringankan beban wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan rakyat masing-masing,” katanya dalam ucapannya ketika mencadangkan kenaikan gaji di sini, hari ini.

UTAMADUN Kelantan Lulus Kenaikan Elaun Wakil Rakyat Dari RM4,600 Kepada RM8,000

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium