25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

DUN Sabah: Apakah TYT mempunyai kuasa memecat Ketua Menteri?

Cuba baca alasan hakim.
Ramai yang tidak ingat bahawa BN sebenarnya menang di Sabah pada PRU14. Tetapi magic telah berlaku.

…………

Hari ini Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Tan Sri Musa Aman untuk mencabar kesahihan perlantikan Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Ketua Menteri.

Saya dimaklumkan bahawa alasan yang digunakan untuk menolak rayuan tersebut ialah kerana isu teknikal atau bersifat akademik iaitu DSSA sudah pun mendapat sokongan ahli-ahli DUN sekarang ini.

Sementara saya menghormati keputusan mahkamah, saya mempunyai pandangan berbeza.

Isunya bukanlah DSSA sudah menjadi Ketua Menteri sekarang ini dan sudah pun mendapat sokongan Ahli-Ahli DUN.

Isu yang jauh lebih besar dan signifikan yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan ialah apakah seorang Tuan Yang Terutama mempunyai kuasa untuk memecat seorang Ketua Menteri yang telah dilantik atau tidak.

Rakyat sebenarnya mahu hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang arif membuat tafsiran perlembagaan kerana kegagalan untuk membuat tafsiran itu akan menyebabkan politik Sabah sentiasa bergolak.

Saya menghormati institusi Istana dan kehakiman dan tidak berniat menghina kedudukan TYT. Namun saya berpandangan, roh dan semangat demokrasi yang menzahirkan proses pemecatan seseorang Ketua Menteri perlu dihormati. Ia tidak sepatutnya diputuskan oleh Istana. Ia sepatutnya dikembalikan kepada Dewan Undangan Negeri, tempat suara keramat rakyat bersemayam.

Dato Abdul Rahman Dahlan
Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran

Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...