30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

DUN Selangor Jadi Medan Politik, Desak Kerajaan Pusat Beri Rawatan Perubatan Kepada Anwar

“Apa rasionalnya usul seperti ini dibawa ke dalam Sidang DUN Selangor kerana tiada kaitan langsung dengan kesejahteraan rakyat negeri ini.

budiman-mohd-zohdi
Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang)

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, berubah menjadi medan politik apabila usul mendesak kerajaan pusat memberi rawatan perubatan dengan segera kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, diluluskan.

Sementara itu, hari ini pegawai kanan Kementerian Kesihatan berkata Anwar telah dirawat oleh 17 pakar berserta satu panel perubatan yang terdiri daripada enam pakar bagi memantau keadaan fizikalnya.

Malah, doktor-doktor pakar itu telah mengemukakan kepada Anwar tiga syor pada 28 Ogos lepas, untuk mengatasi masalah sendi bahunya iaitu sama ada meneruskan rawatan konservatif, melakukan pembedahan Artroskopik yang memerlukan invasif yang minimum, atau melakukan pembedahan menggantikan sendi bahu.

Pada 29 Sept lepas, seorang pakar pilihan Anwar memeriksa bekas ketua pembangkang berusia 68 tahun itu, dan turut bersetuju dengan tiga syor yang dikemukakan itu serta memintanya membuat pilihan.

Bagaimanapun, Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) telah membentangkan usul itu di persidangan DUN, dan disokong Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga), yang kemudiannya, diterima Speaker DUN Hannah Yeoh Tseow Suan selepas sesi perbahasan dilakukan.

Ketika mengemukakan usul itu, Dr Xavier mendakwa Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, dikatakan tidak menerima rawatan perubatan yang sempurna.

Sementara itu, Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang semasa membahas usul itu mempertikaikan keperluan DUN Selangor membenarkan usul berkenaan dikemukakan, malah menyifatkannya tidak melibatkan kepentingan rakyat negeri itu.

“Apa rasionalnya usul seperti ini dibawa ke dalam Sidang DUN Selangor kerana tiada kaitan langsung dengan kesejahteraan rakyat negeri ini.

“Usul seperti ini sepatutnya dibangkitkan di Parlimen memandangkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, anggota Parlimen (MP) Gombak dan anak Anwar sendiri, Nurul Izzah (MP) Lembah Pantai ada di situ,” katanya.

Persidangan DUN Selangor ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan