COVID-19: India rekod 134,154 kes baharu, 2,887 lagi kematian #pakdin.my

India melaporkan 134,154 lagi kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti kini mencecah 28,441,986, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga pada Khamis, lapor Sputnik.

Jumlah korban pula mencecah 337,989 orang dengan 2,887 lagi meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.

Lebih 26.39 juta orang sembuh sejak wabak mula dikesan di India.

India menduduki tempat kedua daripada segi jumlah kes COVID-19 di belakang Amerika Syarikat yang mencatat lebih 33.3 juta kes jangkitan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Sehingga kini, lebih 171.53 juta orang telah dijangkiti di seluruh dunia dengan lebih 3.68 juta kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.

— BERNAMA

Berkaitan