Kontena terbakar di Pelabuhan Dubai - pakdin.my

DUBAI — Sebuah kapal kontena terbakar di Pelabuhan Jebel Ali Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Rabu malam, lapor agensi berita Xinhua.

Pasukan pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran, dan tiada korban jiwa dilaporkan buat masa ini, kata Pejabat Media Dubai dalam satu kenyataan.

“Kami mengambil semua langkah perlu untuk memastikan pergerakan kapal-kapal lain berjalan lancar,” kata pihak berkuasa Pelabuhan Jebel Ali.

“Geseran atau suhu tinggi” mungkin menyebabkan kebakaran, lapor stesen televisyen Al Arabiya memetik kenyataan polis Dubai.

Pelabuhan Jebel Ali, terletak 35 kilometer barat daya Dubai, di Teluk Parsi, satu daripada pelabuhan terbesar dan tersibuk di Timur Tengah.

— BERNAMA

 

UTAMADUNIAKontena terbakar di Pelabuhan Dubai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium