Presiden Lubnan, Menteri Luar Qatar bertemu di Beirut - pakdin.my

BEIRUT   — Presiden Lubnan pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Qatar di Istana Presiden Baabda di Beirut, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan Pejabat Presiden Lubnan.

Michel Aoun dan Mohammed bin Abdulrahman Al Thani membincangkan krisis ekonomi dan tempoh pembentukan kerajaan baharu di Lubnan yang belum diputuskan.

Aoun turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan Qatar dalam pelbagai bidang, selama ini.

Sementara itu, Al Thani berkata negaranya sedia membantu Lubnan mengatasi cabaran yang dihadapi negara itu.

Lubnan masih bergelut untuk membentuk kerajaan baharu berikutan percanggahan pendapat antara calon Perdana Menteri Hariri dan Presiden Aoun.

Sejak Oktober 2019, Lubnan mengalami krisis ekonomi terburuk sejak perang saudara lima tahun yang berakhir pada 1990.

Tragedi letupan Ogos lalu di Pelabuhan Beirut, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera, memburukkan lagi keadaan.

— BERNAMA

 

UTAMADUNIAPresiden Lubnan, Menteri Luar Qatar bertemu di Beirut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium