28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Durian Runtuh Untuk Peneroka Sempena Penyenaraian FGVH Diumum Pada Mei – @NajibRazak

Orangramai bertumpu ke kaunter Penyenaraian FGVH di Papan Utama Bursa Malaysia Berhad di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.

BERA, 31 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat pengumuman pada Mei depan yang disifatkannya sebagai “durian runtuh” kepada para peneroka bersempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Perdana Menteri berkata pengumuman itu disifatkan beliau bakal membuatkan para peneroka “tersandar, rebah dalam kejutan”.

“Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? tunggu, kita akan buat pengumuman nanti,” katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat sini Sabtu.

Perdana Menteri berkata pengumuman itu akan dibuat dalam satu perjumpaan besar-besaran bersama warga peneroka di Pahang pada Mei depan.

Berkenaan penyenaraian FGVH pada Jun depan, Najib berkata kerajaan memutuskan untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia bagi menjana kekayaan berlipat ganda yang akhirnya akan memberi manafaat secara langsung kepada peneroka.

“Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset Felda ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka,” katanya.

Perdana Menteri berkata penyenaraian itu merupakan satu lonjakan berganda buat alaf baru untuk Felda dan menurutnya “peneroka juga akan terima durian runtuh, (peneroka) tidak akan terfikir jumlah durian runtuh itu”.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata Felda juga menyediakan peruntukan lebih RM1 bilion bagi program pembesaran rumah peneroka di seluruh negara.

“Sehingga tahun ini, Felda telah meluluskan RM813.8 juta pinjaman kepada 25,455 peneroka Felda tanpa dikenakan sebarang bayaran faedah.

“Selain jumlah yang diluluskan itu, Felda telah menambahkan RM200 juta lagi bagi membolehkan lebih ramai peneroka mendapat pinjaman untuk membesarkan rumah mereka.

“Bagi Gugusan Felda Bera sahaja, Felda telah meluluskan RM5 juta kepada 144 peneroka memerusi program tersebut,” kata Najib.

Perdana Menteri juga berkata Felda akan terus membela masyarakat peneroka termasuk membina rumah untuk anak-anak mereka yang merupakan generasi kedua supaya mempunyai kediaman yang selesa.

“Di Felda Triang 3 sahaja, Felda telah membina 169 buah rumah kos rendah dan 126 rumah kos sederhana yang kini 95 peratus telah siap.

“Bagi rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM36,000 (seunit), Felda telah memberi subsidi sebanyak RM63,000 bagi setiap unit dan RM15,000 subsidi bagi setiap unit rumah kos sederhana yang dijual pada harga RM90,000,” katanya.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik. Sumber memaklumkan...

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah? "Sabah for Sabahans" atau "Sabah...

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...