Duta China Selesai Bertemu Hamzah, Berjaya Elak Pemberita - pakdin.my

Dr Huang bersama isterinya (kiri) membuat lawatan ke Petaling Street pada Jumaat bagi mengedarkan kuih bulan peniaga di kawasan itu. Mengiringi mereka adalah Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.
Dr Huang bersama isterinya (kiri) membuat lawatan ke Petaling Street pada Jumaat bagi mengedarkan kuih bulan peniaga di kawasan itu. Mengiringi mereka adalah Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.

Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin yang memangku tugas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sini.

Mesyuarat tersebut yang berlangsung lebih dua jam, diadakan di pejabat Hamzah di KPDNKK di sini.

Pertemuan itu diadakan kerana kerajaan Malaysia memohon penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat semasa lawatan beliau ke Petaling Street pada Jumaat lalu.

Beliau tiba di pejabat Hamzah kira-kira pukul 11.40 pagi Isnin.

Dr Huang berjaya mengelak daripada ditemui pemberita yang menunggu beliau sejak dari awal pagi dengan meninggalkan bangunan tersebut melalui tingkat bawah tanah.

Seorang pegawai Wisma Putra berkata kementerian itu akan mengeluarkan satu kenyataan selepas ini.

Dr Huang dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Petaling Street.

“Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Petaling Street.

UTAMADuta China Selesai Bertemu Hamzah, Berjaya Elak Pemberita

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium