27 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

E-Hailing: Untuk Tatapan Pemandu Teksi – Bertabah lah

#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #JomNaikGrab #BoikotTeksi #RnduZamanNajib #KERAjaanTomato

Peraturan E-Hailing

Perkembangan setakat 19 Julai 2018

Kepada rakan-pemandu yang dihargai,

Susulan daripada pengumuman kami sebelum ini, pihak Grab telah bertemu dengan Menteri Pengangkutan untuk membincangkan persoalan dan kebimbangan komuniti Grab tentang perubahan peraturan yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakan-pemandu Grab. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan perkara-perkara yang mungkin membebankan rakan-pemandu kami, di mana sebahagian besar daripada mereka adalah individu telus dan rajin yang bergantung pada Grab sebagai sumber pendapatan tambahan. Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pengangkutan telah memberikan sokongan beliau kepada komuniti Grab. Beliau juga menghargai rakan-pemandu atas jasa anda dalam memberikan perkhidmatan kepada jutaan rakyat Malaysia. Buat waktu ini, kami ingin berkongsi beberapa pengumuman positif daripada mesyuarat kami.

Pertama sekali, terdapat tempoh peralihan selama setahun. Kami menjangka tiada sebarang perubahan besar sebelum tahun 2019. Dalam masa ini, kami akan terus memberikan sokongan sepenuhnya dan juga panduan untuk sebarang perubahan yang mungkin dikuatkuasakan bagi menjamin peralihan yang lancar untuk anda.

Rakan-pemandu boleh menjangkakan beberapa penambahbaikan akan dilakukakan dalam masa terdekat, terutamanya perlindungan yang lebih baik dari segi keselamatan dan pendapatan anda. Kami akan memaklumkan tentang penambahbaikan dan perkembanganini dalam masa beberapa minggu lagi.

Akhir sekali, setelah mengutarakan kebimbangan komuniti Grab, kami mendapati Menteri Pengangkutan amat prihatin dalam hal ini dan menitikberatkan kepentingan untuk memastikan pendapatan dan kesejahteraan komuniti Grab terjamin. Dengan ini, kami akan terus mengkaji dan menambahbaik perubahan peraturan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan bebanan rakan-pemandu dari segi latihan (termasuk yuran) dan juga beban pemeriksaan kereta. Kami akan memaklumkan perkembangan hal ini dari semasa ke semasa.

Bersama-sama, kita telah berjaya melangkah sejauh ini. Perkhidmatan yang pada mulanya hanya menyediakan pengangkutan yang selamat, berpatutan dan mudah, kini sudah merangkumi perkhidmatan ekonomi digital yang memberikan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk mengakses lebih banyak perkhidmatan dan peluang menambah pendapatan. Janji kami adalah untuk sentiasa mengutamakan kebaikan dan kesejahteraan komuniti Grab agar kita boleh mengecapi lebih banyak kejayaan bersama.

Sementara itu, di mana jua anda berada, jaga kesihatan dan pandulah dengan cermat!

Yang Ikhlas,
Sean Goh, Pengurus Negara, Grab Malaysia

……………..
https://pakdin.my/tag/grab

 

Berita Berkaitan

Komen

  1. Kita rasa didalam kes-kes pemerintahan kerajaan pakatan harapan kini umpama telah membawa malapetaka yg berkemungkinan besar akan berlaku bencana-bencananya yg teramat dahsyat rasanya olehkerana Allah SWT sentiasa menguji pemerintahannya buat kali ke-2 adakah Tun Mahathir & kroni-kroninya kini akan menyeleweng,merompak,merasuah,menipu, menyalahgunakan kuasa dll kes-kes jenayah berat itu.Pastinya Tun Mahathir telah gagal memerintah kerajaan Malaysia terdahulu & terkini oleh kerana menambahkan lagi hutang piutang negarakita kini.Jika Tun Mahathir tersilap langkah pastinya negarakita akan dijajah oleh negara-negara kafir @ negara-negara komunis-komunis itu.Pastinya kerajaan pakatan harapan akan meninggalkan hutang piutang berganda-ganda pada negarakita kini olehkerana misi-misi perjuangan mereka hanyalah ketamakan pada aset-aset pencapaian ekonomi bersama kini itu sahaja sepertimana kes-kes jenayah rompakan-rompakan bersiri Tun Mahathir & sekutu-sekutunya terdahulu merompak sehinggakan memufliskan ekonomi negara kita hinggakini.Olehitu sistem-sistem perundangan antarabangsa & pemerintahan Raja-Raja Melayu diwajibkan bersama memelihara pada keseluruhan aset-aset pencapaian ekonomi bersama kini iaitu memastikan keseluruhan tabung-tabung aset-aset pencapaian ekonomi bersama kini terpelihara dari pelbagai kes-kes jenayah berat ekonomi negara kita kini
    supaya negarakita tidak benar-benar dijajah buat selama-lamanya..

  2. Wan Jijah pun bawak sepanduk..
    Skarang ada bukti ke Najib curi duit
    Skarang terbukti Najib bersih kan
    Wan Jijah lebih arif lg..sebab Wan jijah TPM…minta maaf laa Wan Jijah..
    Ape pun kita seugama..
    Tak kan Wan jijah tak tau dosa pahala

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.