E-Hailing: Untuk Tatapan Pemandu Teksi – Bertabah lah - pakdin.my

#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #JomNaikGrab #BoikotTeksi #RnduZamanNajib #KERAjaanTomato

Peraturan E-Hailing

Perkembangan setakat 19 Julai 2018

Kepada rakan-pemandu yang dihargai,

Susulan daripada pengumuman kami sebelum ini, pihak Grab telah bertemu dengan Menteri Pengangkutan untuk membincangkan persoalan dan kebimbangan komuniti Grab tentang perubahan peraturan yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakan-pemandu Grab. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengetengahkan perkara-perkara yang mungkin membebankan rakan-pemandu kami, di mana sebahagian besar daripada mereka adalah individu telus dan rajin yang bergantung pada Grab sebagai sumber pendapatan tambahan. Sukacita dimaklumkan bahawa Menteri Pengangkutan telah memberikan sokongan beliau kepada komuniti Grab. Beliau juga menghargai rakan-pemandu atas jasa anda dalam memberikan perkhidmatan kepada jutaan rakyat Malaysia. Buat waktu ini, kami ingin berkongsi beberapa pengumuman positif daripada mesyuarat kami.

Pertama sekali, terdapat tempoh peralihan selama setahun. Kami menjangka tiada sebarang perubahan besar sebelum tahun 2019. Dalam masa ini, kami akan terus memberikan sokongan sepenuhnya dan juga panduan untuk sebarang perubahan yang mungkin dikuatkuasakan bagi menjamin peralihan yang lancar untuk anda.

Rakan-pemandu boleh menjangkakan beberapa penambahbaikan akan dilakukakan dalam masa terdekat, terutamanya perlindungan yang lebih baik dari segi keselamatan dan pendapatan anda. Kami akan memaklumkan tentang penambahbaikan dan perkembanganini dalam masa beberapa minggu lagi.

Akhir sekali, setelah mengutarakan kebimbangan komuniti Grab, kami mendapati Menteri Pengangkutan amat prihatin dalam hal ini dan menitikberatkan kepentingan untuk memastikan pendapatan dan kesejahteraan komuniti Grab terjamin. Dengan ini, kami akan terus mengkaji dan menambahbaik perubahan peraturan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan bebanan rakan-pemandu dari segi latihan (termasuk yuran) dan juga beban pemeriksaan kereta. Kami akan memaklumkan perkembangan hal ini dari semasa ke semasa.

Bersama-sama, kita telah berjaya melangkah sejauh ini. Perkhidmatan yang pada mulanya hanya menyediakan pengangkutan yang selamat, berpatutan dan mudah, kini sudah merangkumi perkhidmatan ekonomi digital yang memberikan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk mengakses lebih banyak perkhidmatan dan peluang menambah pendapatan. Janji kami adalah untuk sentiasa mengutamakan kebaikan dan kesejahteraan komuniti Grab agar kita boleh mengecapi lebih banyak kejayaan bersama.

Sementara itu, di mana jua anda berada, jaga kesihatan dan pandulah dengan cermat!

Yang Ikhlas,
Sean Goh, Pengurus Negara, Grab Malaysia

……………..
https://pakdin.my/tag/grab

 

UTAMAPOLITIKE-Hailing: Untuk Tatapan Pemandu Teksi - Bertabah lah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium