E-mel Haythornthwaite kepada Clare Rewcastle dedah Sarawak report tiada kredibiliti - pakdin.my

Kenal siapa Clare Brown Rewcastle, pengasas Sarawak Report?

Pasti sahaja seluruh warga Malaysia yang mengikuti perkembangan politik semasa, paling tidak pun pernah mendengar namanya lantaran pelbagai pendedahan yang dibuat Sarawak Report berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan kepimpinan negara ini.

Laporan Sarawak Report yang acapkali bersifat pendedahan disulami elemen-elemen sensasi pula senantiasa digunakan parti-parti pembangkang dalam negara untuk terus menghentam kerajaan sekalipun tidak langsung dikepilkan bersama sebarang bukti konkrit.

Sudahnya, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan seluruh barisan kabinetnya termasuk parti pimpinannya menjadi bahan cercaan pembangkang yang disambut pula masyarakat tanpa mahu berfikir sebaliknya sekadar menjadi burung kakak tua memperluaskan lagi permainan fitnah pihak-pihak berkepentingan.

Untuk itu, apa kata pada artikel ini kita dedahkan sedikit maklumat mengenai siapa Clare Brown Rewcastle di mata bangsanya sendiri, seorang tokoh korporat yang cukup disegani di Britain dan bukan sekadar usahawan biasa atau usahawan kecik anak (terma Gen X).

Individu yang dimaksudkan ialah Richard Haythornthwaite, Pengerusi Mastercard International sejak 2006 dan Pengerusi Centrica PLC, syarikat pembekal elektrik dan gas terbesar di United Kingdom dengan perolehan 30 bilion pound setahun.

Maklumat lanjut pengesahan reputasi dan kredibiliti Richard Haythornthwaite boleh di dapati dari carian dalam internet.

Apa pun, ceritanya disini ialah mengenai jawapan balas e-mail Haythornthwaite kepada Rewcastle yang sekaligus mendedahkan betapa Rewcastle, sebenarnya ialah seorang yang boleh dipertikaikan kredibiltinya sekaligus juga apa sahaja pendedahan mahupun laporan yang dibuat Sarawak Report selama ini.

E-mail Rewcastle sebelumnya menyoal Haythornthwaite sebagai Pengerusi PetroSaudi International namun terus sahaja ditempelak ahli perniagaan itu lantaran beliau tidak pernah memegang sebarang jawatan di syarikat itu.

Lebih menarik dan perlu disedari masyarakat Malaysia yang selama ini begitu percayakan Rewcastle ialah hakikat betapa Haythornthwaite, hasil dari penyelidikannya terhadap Rewcastle langsung menolak kredibiliti wanita itu.

Ini bukan soal dakwaan penulis yang seperti juga pembaca hanya mengenali Rewcastle dari laporan Sarawak Report sendiri, namun untuk lebih berlaku adil, elok kiranya e-mail Haythornthwaite dipaparkan supaya dapat dinilai sendiri pentaksub kepada Sarawak Report dan Rewcastle.

From: Rick Haythornthwaite <rh@rhaythornthwaite.com>Date: Thu, Dec 10, 2015 at 10:43 AM
Subject: Re: Letter sent by PetroSaudi claiming ownership of Good Star Limited, Seychelles
To: Sarawak Report <info@sarawakreport.org>

Dear Mrs Rewcastle

Having now done some research into your background, it is clear that you are an active campaigning blogger rather than an objectivejournalist with a desire to understand the true facts behind this matter.

That your email to me contains fundamental factual errors – not least suggesting that I am, or have ever been, chairman of PetroSaudi International – reinforces my concerns about your credibility.

Therefore, even if I were to be in possession of information relevant to your query, I would be unwilling to assist you in yourquestionable activities.

Yours…..

Sekaligus, e-mail Haythornthwaite jelas menyatakan bahawa Rewcastle tidak berkredibiliti lantaran menyoal tanpa berasaskan fakta dan insan dengan agenda tersembunyi kerana tidak berhasrat untuk mengetahui sarawak-report_1mdb_600kebenaran sesuatu fakta.

Lalu, kesimpulan mudah disini ialah saranan supaya sesiapa yang selama ini terlalu taksub percaya dengan fitnah dan tohmahan Clare Brown Rewcastle, Sarawak Report dan DAP, PKR, AMANAH serta PAS, eloklah supaya menilai perlakuan serta pendirian anda.

Tepuk dada, tanyalah selera.

UTAMAEDITORIAL1MDBE-mel Haythornthwaite kepada Clare Rewcastle dedah Sarawak report tiada kredibiliti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium