E-mel Satu Malaysia Tak Guna Dana Awam - pakdin.my

Tiada dana awam digunakan bagi projek E-mel Satu Malaysia.

Jaminan itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui laman Twitternya awal pagi tadi.

Katanya, projek berkenaan merupakan pelaburan swasta berjumlah 50 juta Ringgit.

Ia bertujuan menyediakan akaun email kepada warga Malaysia untuk tujuan rasmi dengan kerajaan.

E-mel Satu Malaysia akan dibangunkan Tricubes Berhad.

Projek yang dilancarkan Datuk Seri Najib semalam turut tersenarai dalam projek terkini ETP.

Ia dijangka menjana pendapatan negara kasar 39 juta Ringgit menjelang 2015.

 

Berita terdahulu

Emel 1Malaysia – Pusat Sehenti Untuk Perkhidmatan Kerajaan
Turut tersenarai dalam projek terkini ETP ialah emel 1Malaysia untuk warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri: “Ia pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat perniagaan untuk membina pengisian.”

Projek emel 1Malaysia akan dibangunkan Tricubes Berhad dengan nilai pelaburan RM50 juta.

Projek ini dijangka menjana pendapatan negara kasar RM39 juta menjelang 2015.

UTAMABERITAE-mel Satu Malaysia Tak Guna Dana Awam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium