28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

ECRL: Mahathir dan PhDAP jangan sumbat rakyat dengan propaganda cetek

PH sebenarnya tidak perlu menunjukkan ia lebih baik dari BN dalam aspek pengurusan kos pembinaan ECRL. Sebaliknya PH perlu menjawab isu yang lebih fundamental dengan penuh tanggungjawab, antaranya:

1. PH perlu memberi kewajaran mengapa projek mega ECRL, khasnya di kala hutang negara melebihi RM700 bilion, diteruskan?

2. Adakah projek itu perlu dan sesuai dilaksanakan sekarang?

3. Adakah ia keutamaan utama negara buat masa ini?


4. Adakah ia projek yang menguntungkan atau boleh memberi pulangan yang adil/baik kepada Malaysia?

5. Apakah tiada alternatif yang lebih baik dan murah tanpa meminjam dari China, contohnya dengan menyambung Highway LPT dari Terengganu ke Kelantan?

6. Bagaimana rakyat boleh dapatkan perincian projek ini secara telus untuk tujuan semakan umum?

7. Bagaimana kerajaan boleh yakini rakyat projek mega ini bebas dari penyelewengan?


8. Bagaimana keupayaan kita untuk membuat pembayaran keseluruhan projek ini nanti?

9. Apakah kos sosial dan persekitaran yang terlibat/terkesan?

10. Bagaimana projek ini boleh membantu Malaysia mencapai status negara maju berbanding kita mengadakan projek-projek lain?


11. Apakah trade-off projek ini?

Kerajaan yang demokratik perlu proaktif dan mengambil tanggungjawab dalam memberikan justifikasi secara terbuka dan telus kepada rakyat. Memimpin negara dengan standard keilmuan yang tinggi dengan menyediakan argumentasi yang bernas dan pertimbangan yang adil buat rakyat dan negara. Tidak sesekali menyumbat rakyat dengan figura yang kosong dan propaganda yang cetek.

https://pakdin.my/tag/ecrl

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan