Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia - pakdin.my

Menurut MCMC, setakat tahun 2020, hampir 7 daripada 10 pelanggan perkhidmatan selular di Malaysia adalah pelanggan servis prabayar.

Sumber

Ia menggambarkan yang perkhidmatan prabayar masih lagi menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk servis telekomunikasi berbanding pascabayar. Melihat pada potensi tersebut, berduyun-duyun telco cuba memancing pelangan dengan tawaran data unlimited. Tapi setiap satu daripadanya hadir dengan tawaran unik, ada kekurangan dan ada kelebihan.

Dalam artikel ini, saya himpunkan 8 produk prabayar Internet unlimited yang boleh anda pertimbangkan.

1. Celcom Xpax

Xpax ada paling banyak penawaran pas tanpa had. Harganya berbeza-beza dalam julan daripada RM12 hingga RM50 bergantung pada tempoh sah, sama ada 7 hari ataupun 30 hari.

 

Daripada sudut kelajuan, pelan 3Mbps paling murah adalah RM35/bulan manakala 6Mbps termurah adalah RM45/bulan. Kesemua pelan berikan anda panggilan tanpa had kepada semua rangkaian mudah alih. Untuk pas bulanan 3Mbps, anda beroleh kuota hotspot 3GB manakala pas bulanan 6Mbps beroleh 6GB.

Ada dua jenis add-on Xpax sediakan untuk dikepilkan bersama iaitu speed add-on dan hotspot add-on.

Speed add-on

Bila anda langgan speed add-on, kelajuan anda bertambah sekali ganda kepada 750 kb/s. Pilihan yang anda ada adalah:

  1. RM10 untuk tempoh sah mengikut pelan sedia ada
  2. RM1 untuk tempoh sah antara 1 pagi hingga 8 pagi
  3. RM2 untuk tempoh sah antara 8 pagi hingga 6 malam
  4. RM1 untuk tempoh sah 1 jam
  5. RM3 untuk tempoh sah 6 jam

Hotspot Add-On

Kalau kuota hotspot 1GB tak cukup, ini pilihan yang anda ada:

Untuk gunakan servis SMS, anda dikenakan kadar pada 15sen/SMS. Seperti Hotlink, Xpax turut mengenakan kuota keras keatas penggunanya. Untuk pas bulanan, selepas 60GB penggunaan, kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps sehingga pas diperbaharukan (rujuk sini). Anda boleh rujuk Terma & Syarat produk ini di sini.

2. Maxis Hotlink

Hotlink telah menambah penawaran mereka berbanding apa yang kami laporkan dalam tahun 2021.

Kalau anda pergi kepada Hotlink, kini anda ada 4 pilihan pas bulanan iaitu:

  • RM35/bulan untuk Internet berkelajuan 3Mbps
  • RM45/bulan untuk Internet berkelajuan 6Mbps
  • RM60/bulan untuk Internet berkelajuan 18Mbps
  • RM85/bulan untuk Internet berkelajuan 18Mbps

Salah satu kekurangan pada produk ini adalah ia tidak hadir dengan kuota hotspot. Kalau nak, anda kena beli add-on bernilai RM5 dengan tempoh sah mengikut pelan langganan. Lagi baik, bila anda beli add-on ini, anda boleh hotspot sepuas hati tanpa had.

Namun, bagusnya pelan ini adalah ia berikan panggilan tanpa had, tapi SMS-nya ditetapkan pada kadar RM0.15/SMS.

Buat pelanggan pelan RM35 (3Mbps), golongan ini boleh unlock kelajuan penuh 6Mbps dengan bayaran seperti berikut:

  • RM1 untuk 1 jam tanpa had
  • RM3 untuk 24 jam pada 3GB
  • RM10 untuk 7 hari pada 5GB

Hotlink nyatakan FUP-nya secara jelas. Selepas penggunaan 50GB, kelajuan Internet akan diturunkan kepada 512kbps.

3. TuneTalk

Ini adalah satu-satunya MVNO dalam artikel ini dan disebabkan ia menggunakan rangkaian Celcom, anda boleh anggap liputan TuneTalk sama seperti Xpax. Anda dapat nikmati Internet tanpa had dengan TuneTalk pada bayaran RM48/bulan.

Anda akan dapat manfaat seperti:

  • Internet tanpa had pada 6Mbps
  • Panggilan tanpa had
  • Hotspot 5GB

Andainya kuota hotspot tak cukup, and aboleh langgan pas RM3 untuk dapatkan data hotspot 5GB untuk tempoh sah 3 hari. Ada juga pas untuk unlock speed 6Mbps menjadi lebih tinggi pada harga RM10 untuk 20GB dan tempoh sahnya mengikut pelan langganan anda. Namun, pas kelajuan ini tidak berikan anda data hotspot.

Lain-lain info yang perlu anda tahu adalah kadar SMS dan MMS masing-masing pada RM0.10/unit. Anda boleh baca Terma & Syarat TuneTalk di sini.

4. U Mobile

U Mobile ada 2 pelan yang boleh anda pertimbangkan.

GX30 berikan anda kelajuan 6Mbps dan kuota hotspot sebanyak 6GB pada harga RM30/bulan. Untuk perhatian anda, kelajuan 6Mbps dan kuota hotspot 6GB adalah promo, sama seperti GX38.

Pada RM35/bulan, anda boleh langgan GX38 yang berikan manfaat sama macam GX30 tapi bezanya anda terima panggilan tanpa had.

Kalau anda lakukan panggilan bila anda langgan GX30, anda akan dicaj RM0.30/minit dan untuk SMS, caj RM0.12/SMS dikenakan untuk kedua-dua GX38 dan GX30.

Anda boleh baca Terma & Syarat untuk U Mobile GX38 dan GX30 di sini.

5. Unifi Mobile

Unifi #Bebas adalah satu-satunya produk yang:

  • tak hadkan kelajuan produk unlimited mereka
  • tak halang anda gunakannya sebagai hotspot

Anda boleh langgannya pada harga RM35/bulan.

Tapi, kekurangan Unifi #Bebas adalah, anda tidak dapat kuota suara. Kadar panggilan adalah RM0.20/minit tapi ada pas yang boleh dibeli iaitu RM7 untuk 60 minit ataupun RM20 untuk 200 minit. Kalau nak hantar SMS, anda dicaj RM0.10/SMS.

Kemudian, anda perlu ketahui yang kuota Internet unlimited cuma ada bila anda bersambung ke rangkaian LTE. Kalau anda masuk ke kawasan 3G/2G sahaja, maka tiadalah Internet untuk anda.

Kalau nak berhubung dengan Internet juga, ini anda perlu bayar:

  • RM13 – 1GB Internet asas
  • RM15 – 1GB Internet asas + 1GB Internet berkelajuan pantas
  • RM30 – 2GB Internet asas + 2GB Internet berkelajuan pantas
  • RM50 – 4GB Internet asas + 4GB Internet berkelajuan pantas

Kekurangan terakhir yang ingin saya utarakan pada Unifi #Bebas adalah anda perlukan telefon yang sokong LTE Band 5 (850Mhz). Anda boleh periksa model yang menyokongnya di sini.

FUP untuk Unifi #Bebas boleh dirujuk di sini.

6. XOX Prepaid

MVNO ini tawarkan Ultimate Data 35 pada harga RM35/bulan. Dengannya anda beroleh kelajuan 3Mbps tanpa had dan tiada halangan untuk anda berhotspot namun selepas 50GB penggunaan, kelajuan akan diturunkan kepada 512kbps.

Anda turut beroleh pas panggilan suara 50 minit untuk digunakan. Sekiranya kehabisan kuota, kadarnya adalah serendah RM0.07/30 saat manakala SMS pada kadar serendah RM0.02/unit.

Layari laman rasmi XOX untuk maklumat lanjut.

7. YES 4G

Penawaran Internet unlimited Yes 4G diberikan nama Kasi Up Prepaid Unlimited. Anda boleh langgannya pada RM30/bulan dan anda dapat sambungan berkelajuan 7Mbps, paling laju berbanding penyedia lain.

Untuk hotspot, anda dibekalkan kuota sebanyak 9GB. Kalau masih tak cukup, anda boleh beli pas berikut:

  1. RM1, 1GB, 1 hari
  2. RM2, 2GB, 2 hari
  3. RM3, 3GB, 3 hari
  4. RM5, 5GB, 5 hari
  5. RM7, 10GB, 7 hari
  6. RM15, 10GB, mengikut tempoh sah pelan
  7. RM20, 20GB, mengikut tempoh sah pelan

Penawaran Yes 4G memang menarik, namun cabarannya adalah ia hanya boleh digunakan pada telefon yang menyokong Band 38 (2600Mhz) dan Band 40 (2300Mhz). Lebih parah, telefon itu perlulah sokong VoLTE sekiranya anda ingin gunakan panggilan suara.

Andainya anda gunakan panggilan suara/SMS, anda dicaj RM0.18/minit dan RM0.09/SMS.

Anda boleh rujuk laman ini untuk senarai telefon yang disokong rangkaian Yes 4G. Maklumat lanjut tentang Terma & Syarat Yes 4G Kasi Up Unlimited boleh dirujuk di sini.

8. Yoodo

Yoodo ialah satu telco yang unik. Dalam artikel dulu, kami masukkannya sebagai telco digital sepenuhnya. Namun, selepas satu-demi-satu pesaingnya seperti ookyo dan tapp gulung tikar, kami ambil keputusan untuk masukkan saja Yoodo bersama-sama telco konvensional yang lain.

Ada dua pelan unlimited boleh anda pilih daripada Yoodo iaitu:

  • RM35/bulan untuk kelajuan 3Mbps
  • RM43/bulan untuk kelajuan 6Mbps

Anda beroleh kuota hotspot sebanyak 2GB untuk kedua-dua plan. Kalau tak cukup, ada booster yang boleh dibeli pada harga RM2/1jam untuk 100GB ataupun RM5/3jam untuk 100GB.

Kemudian, anda ada add-on khas untuk APP yang berikan anda data berkelajuan penuh untuk APP tersebut:

  1. Facebook 20GB – RM5
  2. YouTube 20GB – RM10
  3. Instagram 20GB – RM5
  4. WhatsApp 20GB – RM5
  5. PUBG Mobile – FREE
  6. Netflix 20GB – RM10
  7. Twitter 20GB – RM5
  8. iFlix 20GB – RM10
  9. AOV 20GB – RM5
  10. Spotify 20GB – RM5
  11. Boost 20GB – FREE
  12. VIU 20GB – RM10
  13. TikTok 20GB – RM10
  14. CODM 20GB – RM5
  15. AstroGo 20GB – RM10
  16. DIM SUM 20GB – RM10
  17. JOOX 20GB – RM5
  18. ML:BB 20GB – RM5
  19. Zoom 20GB – RM5
  20. Google Meet 20GB – RM5
  21. Microsoft Teams 20GB – RM5

Bagusnya Yoodo ini adalah mereka satu-satunya prabayar unlimited yang ada eSIM.

Original Article

UTAMAGAYA HIDUPTEKNOLOGIEdisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium