26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

Edra Energy Jual Semua Aset Kepada Syarikat China – Bernilai RM18 Billion termasuk hutang

1mdb-pelan-rasionalisasi

Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

“CGN Group adalah pemenang jelas dalam tender antarabangsa ini, berdasarkan objektif diumumkan 1MDB sebelum ini, iaitu memaksimumkan nilai, terma komersil yang boleh diterima dan kepastian pelaksanaan transaksi,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dalam kenyataan bersama hari ini.

Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing yang penting ke Malaysia dan menunjukkan keyakinan kepada ekonomi, katanya.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah memetrai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Kenyataan itu berkata, tawaran indikatif untuk syarikat operasi Edra diterima pada Jun 2015 melalui proses tender yang ketat, berdaya saing dan antarabangsa yang dijalankan penasihat kewangan 1MDB, Maybank Investment Bank Bhd.

Rothschild bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Edra.

“Pelaburan ini merupakan komitmen besar oleh CGN Group sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjang dan kepelbagaian global,” kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya, He Yu.

He berkata, kumpulan itu amat kagum dengan rangka kerja pengeluar tenaga bebas yang dikawal selia rapi, stabil dan telus di Malaysia, yang memberikan syarikat itu keyakinan untuk membuat pelaburan jangka panjang di negara ini.

“CGN Group adalah pelabur yang beranggungjawab. Kami akan bekerjasama rapat dengan Edra, platform global berpangkalan di Malaysia dan dijalankan Malaysia, dan secara bersama akan membawanya ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Yang paling penting, CGN Group akan memastikan bekalan tenaga yang tidak terganggu, menggunakan teknologi mesra alam dan mematuhi terma tetap perjanjian pembelian tenaga, untuk faedah rakyat Malaysia, katanya.


1mdb-edra-cgn-hutang-tunai

1MDB baru sahaja mengumumkan telah menandatangani satu Perjanjian Penjualan Saham dengan China General Nuclear Power dan anak-anak syarikatnya (“CGN Groups”) bagi menjual 100 peratus kepentingannya dalam semua aset tenaganya didala Edra Global Energy Bhd

CGN Kumpulan akan membayar, wang tunai, nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar yang berkaitan dan nilai tunai operasi Syarikat Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015. (Edra masih berpengkalan dandikendalikan oleh rakyat Malaysia.)

Ini bermakna jumlah pengurangan hutang 1MDB kira-kira RM18b mengambilkira harga saham dan anggaran hutang yang belum dijelaskan.

China akan membawa masuk pelaburan tambahan bernilai asing kira-kira AS $ 2.3 bilion ke negara ini bagi operasi EDRA, ini akan membantu melonjak nilai Ringgit kita juga dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia).

Dengan mengambilkira  USD4.5b (RM16b) pertukaran aset hutang dengan Kerajaan Abu Dhabi  yang ditandatangani pada bulan Jun lalu, bermakna pengurangan  hutang RM42b yang lebih besar.

Dan kerana kerajaan Qatar terlepas dalam bidaan Edra, mereka juga kini menyasarkan membida 60% daripada Bandar Malaysia (yang turut di bida oleh dua konsortium lain) –  bermakna RM12b lagi hutang boleh dijelaskan oleh 1MDB.

Selepas ini, 1MDB masih memegang 100% dalam TRX, tanah Pulau Pinang (Tokong Lim Guan Eng enggan membenarkan 1MDB untuk menjual) dan Pulau Indah – semua masih bernilai RM10-RM12b.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Joint Media Statement by 1MDB, CGN Group and Edra
    Issued on 23 November 2015
    For immediate publication
    Edra: Successful Execution of Share Sale & Purchase Agreement
    1Malaysia Development Berhad (“1MDB”), Edra Global Energy Berhad and its subsidiaries (“Edra”) have executed a Share Sale and Purchase Agreement with China General Nuclear Power Corporation and its subsidiaries (“CGN Group”) for the 100% sale of 1MDB’s ultimate ownership in all its energy assets: Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd and Tiara Tanah Sdn Bhd (“Edra Operating Companies”).
    CGN Group will pay, in cash, an equity value of RM9.83 billion and will assume all the relevant gross debt and cash of the Edra Operating Companies, based on a valuation date as at 31 March 2015. The transaction is expected to be completed in February 2016.
    Indicative offers for the Edra Operating Companies were first received in June 2015 via a rigorous, competitive and international tender process run by 1MDB’s financial adviser, Maybank Investment Bank Berhad. Rothschild acted as financial adviser to Edra. The sale is the largest announced M&A transaction in Malaysia and one of the largest in the Asian power sector, year to date. More importantly, this transaction marks the achievement of the first major milestone in the 1MDB rationalisation plan, as presented to the Cabinet of Malaysia on 29 May 2015.
    Arul Kanda, President & Group Executive Director, 1MDB, said: “We are pleased to announce this significant milestone of the Edra monetisation process. CGN Group was a clear winner in this international tender, based on the objectives announced by 1MDB previously, namely value maximisation, acceptable commercial terms and certainty of transaction execution. The purchase by CGN Group brings a significant Foreign Direct Investment commitment to Malaysia and is a clear vote of confidence in the Malaysian economy. He further added “1MDB thanks the staff, senior management and board members of Edra for their contributions to the company and commitment during the sale process”.
    Dato’ Mark Ling, President & Executive Director, Edra, said: “Edra has successfully integrated what was originally 13 power plants across five countries, into one cohesive and strong platform, that practises the highest of international standards. I am proud that the value created in our operating assets has been recognised by CGN Group, a major international operator with significant global operations. Edra senior management and staff are committed to continue performing our role as a key independent power producer (IPP) in Malaysia, Egypt, Bangladesh, Pakistan and the UAE”.
    Mr He Yu, Chairman of the Board, CGN Group, said, “This investment represents a major commitment by CGN Group as part of a long-term, global diversification initiative. We are extremely impressed by the highly regulated, stable and transparent independent power producer framework in Malaysia, which has given us the confidence to make a long-term investment to the country. The CGN Group is a responsible and involved investor. We will work closely with Edra, a Malaysian based and Malaysian run global platform, and together, will take it to the next level. Most important of all, we will ensure uninterrupted power supply, using environmentally friendly technologies and adhere to the fixed terms of the respective power purchase agreements, for the benefit of the people of Malaysia.”
    ##

  2. Dari tak ada. Dibeli. Lepas dibeli,berhutang. Lepas tu dijual dgn hutang. Kerja apakah ini. Untuk apa semua ini? Apa yg diwarwarkan oleh 1mdb tentang logi tenaga tu dah tak ada makna la ye. Dah tak ada utk rakyat la ye. Utk comp cina pulak ye.

  3. Kalau di Thailand thaksin lari tak cukup tanah bila jual telco kpd negara asing tapi di malaysia boleh terus tunjuk muka tak malu siap bangga konon pandai berniaga??? Pengkhianat negara hanya patut dihukum mati!!

  4. Broooo kalau harga 1mdb beli 18billions dan jual balik kat cina harga 9bil cash 9bil hutang.. tak maksud dia kurangkan kerugian 18billion bongok.. dia just jual balik harga asal. tapi nape sampai macam tu skali? sebab kalau jual kat syarikat luar negara.. rakyat malaysia akan marah.. tapi kalau 1mdb jualkan its about jual beli antara syarikat.. bagus betul kau pusing cerita kan….
    by the end of the day.. tarif electrik akan jadi makin mahal sebab company luar yang pegang.. sooo tengok la nanti.. electrek pun nanti akan ada tax.. sebab company luar yang pegang.. why will it be raised? sebab syarikat cina tu nak cari untung and nak bayar balik hutang baki 9billion yang lebih tu…
    last2.. orang melayu akan marah orang cina sebab harga electrik naik.. tapi orang melayu takkan marah melayu bodoh nie.. yang jual kat syarikat luar negara…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.