Ekonomi : Malaysia Aviation Group lancarkan platform digital pelancongan, gaya hidup - pakdin.my

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Malaysia Aviation Group (MAG) telah melancarkan Journify, platform digital sehenti bagi pelancongan dan gaya hidup yang menyediakan penyelesaian menyeluruh perjalanan, sekali gus melengkapkan kekuatan dan kepakarannya dalam perniagaan perkhidmatan sistem penerbangan dan penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kapten Izham Ismail berkata, Journify bersedia mengubah pengalaman pelanggan menerusi platform digital; menawarkan penyelesaian pengalaman perjalanan kepada pengguna, antaranya memberi akses maklumat mengenai tempat-tempat menarik yang bersesuaian dengan keutamaan dan keperluan mereka.

Beliau berkata Journify membuktikan kejayaan penting dalam perjalanan transformasi MAG ke arah menjadi kumpulan perkhidmatan pelancongan dan penerbangan yang terkemuka di Asia.

“Journify berbangga memperkenalkan pengalaman yang pertama seumpamanya menerusi perkhidmatan Journify2U, membolehkan pelanggan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mendapatkan produk yang dibeli menerusi aplikasi Journify dan diserahkan kepada mereka di ruang berlepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Platform itu menawarkan lebih 10 kategori pilihan, antaranya kafe dan restoran, outlet hiburan, tarikan pelancong, pusat membeli-belah dan sebagainya.

“Journify turut menawarkan pelanggan Enrich Points bagi setiap urus niaga yang dilakukan menerusi platform ini yang boleh digunakan untuk menebus penginapan di hotel, baucar makanan dan minuman, akses kepada Golden Lounge, baucar membeli-belah dalam talian, saringan perubatan, penerbangan percuma dan pelbagai ganjaran lain,” menurut MAG.

Maklumat lanjut mengenai platform ini boleh dilayari di journifyshop.malaysia.airlines.com atau memuat turun aplikasi Malaysia Airlines.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

UTAMABERITAEkonomi : Malaysia Aviation Group lancarkan platform digital pelancongan, gaya hidup

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium