26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 19, 2021

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.3 – 7.5 Peratus Tahun Depan

Agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Kewangan berkata, unjuran itu bergantung kepada kejayaan berterusan Malaysia dalam mengurus Covid-19, serta memacu dan memelihara ekonomi ke arah pemulihan dan pertumbuhan.

“Memandangkan Malaysia adalah ekonomi terbuka, sama ada pertumbuhan kita akan bentuk U ataupun V, ia juga tertakluk kepada faktor luaran seperti pemulihan rakan dagang utama kita serta rantaian bekalan global,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada acara ‘Invest Malaysia 2020’ yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.