Ekonomi Malaysia menguncup

Kongsi

Sebagai permulaan. saya kongsikan laporan mengenai keadaan ekonomi Malaysia pada bulan Mei 2009 yang mungkin sudah dilupakan atau ada yang masih terlalu muda untuk mengetahuinya.
—-
27 Mei 2009 – Ekonomi Malaysia menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Ini adalah penguncupan KDNK terburuk sejak suku keempat 1998 apabila ekonomi Malaysia terjerumus dalam kemelesetan ketika krisis kewangan Asia. KDNK pada waktu itu adalah -8.1 peratus

Keadaan semasa ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan negara berdepan dengan kemelesetan yang teruk.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata krisis ekonomi global itu telah menyebabkan kemerosotan ketara dalam permintaan ekoran kemelesetan ekonomi yang teruk di negara-negara maju.

Pelaburan tetap juga menyusut ekoran sentimen perniagaan yang lemah namun perbelanjaan awam telah menyokong pertumbuhan.

Kecuali sektor pembinaan, semua sektor ekonomi juga terjejas dengan sektor pembuatan mencatatkan penurunan besar sebanyak 17.6 peratus khususnya dalam industri berorientasikan eksport sebanyak 23.1 peratus dengan industri elektrik dan elektronik (E&E) menjunam sebanyak 41.1 peratus.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0528&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
—-
Apabila saya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan pada bulan Oktober 2008 dan Perdana Menteri pada bulan April 2009, Malaysia berada di ambang kemungkinan terjebak dalam krisis ekonomi kerana dunia sedang berada dalam krisis ekonomi yang paling teruk sejak tahun 1930an.

BACA: Great Recession https://en.m.wikipedia.org/wiki/Great_Recession

Pada masa itu, kemelesatan ekonomi sangat teruk. Hampir kesemua sektor ekonomi negara mengalami penurunan yang besar.

Ramai yang meramal bahawa krisis tahun 2009 akan jauh lebih teruk daripada krisis ekonomi Malaysia tahun 1998.

Walaupun baru mengambil alih negara ketika itu, saya terus berusaha untuk menyelamatkan keadaan.

Lalu, kerajaan saya melaksanakan dua pakej ransangan ekonomi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Alhamdulillah, lanjutan usaha ini, Malaysia berjaya diselamatkan dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah.

Tetapi ekoran langkah-langkah rangsangan yang diambil untuk menyelamatkan negara, nisbah hutang berbanding KDNK pada 2009, meningkat 11 peratus. Nisbah ini terus naik sedikit lagi untuk tahun 2010 dan 2011 kerana pakej rangsangan masih diperlukan dalam mendepani kemeseletan ekonomi dunia.

(Dengan kawalan ketat defisit bajet-bajet seterusnya, nisbah hutang ini juga dapat diturunkan pada tahun-tahun kebelakangan ini kepada tahap 50.8% pada akhir tahun 2017 dan tidak setinggi jika dibanding dengan sejarah.)

Susulan pakej ransangan yang aktif untuk beberapa tahun dan dasar transformasi negara yang komprehensif dan tersusun, Malaysia menikmati kadar pertumbuhan ekonomi yang sihat dan antara tertinggi di dunia sepanjang 9 tahun ini.

Semenjak peningkatan nisbah hutang yang tinggi pada tahun 2009-2011, kerajaan BN dan saya terus dikecam kononnya mahu memufliskan negara walaupun ianya ialah untuk menyelamatkan negara dan kita tidak terjatuh ke dalam krisis yang lebih teruk dari tahun 1998 di mana sistem perbankan dan industri kita hampir lumpuh sepenuhnya.

Mungkin kerana, kerajaan saya dan saya tidak pandai untuk kuat menghebohkan usaha kita pada masa itu seperti Perdana Menteri pada tahun 1998 yang sering membangkitkan usaha beliau untuk menyelamatkan negara dari Perdana Menteri tahun 1997, maka kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu tentang keadaan ekonomi pada tahun 2008-2009.

BACA: 10 Fakta bukan auta: Malaysia dalam krisis semasa Najib (2009-2018) atau semasa Mahathir (1998)
https://pakdin.my/10-fakta-bukan-auta-malaysia-dalam-krisis-sekarang-atau-semasa-mahathir/

Lanjutan itu, saya berterusan dikecam kerana menaikkan hutang negara walhal kita berjaya menyelamatkan negara dari krisis ekonomi yang mungkin lebih teruk dari tahun 1998.

Kepentingan utama saya pada masa itu dan selama saya menjadi Perdana Menteri ialah untuk menjaga ekonomi dan negara tetapi malangnya, kita tidak dapat menangkis serangan propaganda yang berjaya memesong pemikiran rakyat dari apa yang sebenarnya berlaku.

Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155523750470952/

……..
Rujukan:

‘[Video] Zaman Mahathir Ramai Hilang Pekerjaan’
https://pakdin.my/tag/world-great-recession/

‘Hutang Negara: Najib Selamatkan Ekonomi negara dari ‘The Great Global Recession 2009 – kalau tidak ahli perniagaan chauvinist Cina DAP dan kroni Mahathir ramai gulung tikar’
https://pakdin.my/hutang-negara-najib-selamatkan-ekonomi-negara-dari-the-great-global-recession2017-kalau-tidak-ahli-perniagaan-chauvinist-cina-dap-dan-kroni-mahathir-ramai-gulung-tikar/

‘[Video] Tiada Perdana Menteri Lain Yang Menghadapi Cabaran Global Yang Lebih Besar Terhadap Ekonomi Negara Daripada Najib Tun Razak’
https://pakdin.my/video-tiada-perdana-menteri-lain-yang-menghadapi-cabaran-global-yang-lebih-besar-terhadap-ekonomi-negara-daripada-najib-tun-razak/

‘Hutang Negara’
http://pakdin.my/tag/hutang-negara

‘Hutang Negara peninggalan Mahathir untuk kepentingan kroni’
https://pakdin.my/?s=Hutang+Negara+Mahathir


Kongsi

12 Replies to “Ekonomi Malaysia menguncup

  1. Bila hati sudah hitam ..apa saja kebaikan masa lalu yg diterima..tak tahu bersyukur..Bila hati dah hitam org yg kuat fitnah dan bela anak sendiri yg disanjung. Bila Allah datang penyakit kuku pada anak kecil ..itu hanya ujuan yg sedikit..jgn sampai Allah datangkan panas melampau dan ribut taufan yg memusnahkan pun hati hitam kamu tidak putih. Rapatlah hubungan mu dgn Allah, insyaallah hati kamu akan putih dan tahu mana kaca dan mana permata. TAKBIR!

  2. soalan cikai dan jawapan ala kadar je pun

    soalan : capt Azizan
    jawapan : NNND

    Kapt Azizan Adam (B)

    Jom saya terangkan dalam bahasa kampung jer. Supaya semua rakyat pelbagai peringkat faham.

    BAB 1
    The EQUANIMITY adalah sebuah kapal mewah yang disita secara tidak sah oleh kerajaan Indonesia. Namun apabila peguam2 empunya kapal tersebut iaitu EQUAMINITY (Cayman) Ltd. membantah penyitaan tersebut sebagai tidak sah dan ianya tiada kaitan dengan 1MDB , maka Mahkamah Daerah Jakarta Selatan Indonesia, melepaskan penyitaan atas alasan kukuh ianya memang tiada kaitan dengan 1MDB, faham tak setakat ini?

    Namun usaha gigih KERA jaan Puunah Harapan cuba mengaitkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Jho Low dan dibeli dengan wang 1MDB. Maka bertungkus lumus lah para pemimpin dan mahamacai Puunah Harapan mencipta reka cerita fitnah tanpa fakta agar rakyat yang kelas bangang percaya bahawa ianya milik Jho Low dan dibeli dengan wang 1MDB. Bukan setakat itu sahaja, usaha keras mahacai pemfitnah tersebut untuk mengaitkan Jho Low dengan DS Najib.

    BAB 2

    Bertahun-tahun lamanya mereka berusaha dan cuba kaitkan Jho Low dengan DS Najib. Yang kelakarnya ayahnda Jho Low adalah kroni rapat kepada PM ke 4 dan PM ke 7. Ayahnda kepada Jho Low telah mengumpul kekayaan sejak zaman PM ke 4 lagi.
    Faham tak setakat ini?

    BAB 3

    Persoalannya, Bagaimana kapal mewah THE EQUANIMITY boleh dibawa ke Malaysia oleh PM ke 7? Sedangkan ianya telah diisytihar oleh Mahkamah Selatan Jakarta bahawa kapal tersebut adalah kepunyaan sebuah syarikat luar negara iaitu EQUAMUNITY (Cayman) Ltd dan tidak ada kena mengena dengan 1MDB. Penjelasan paling logik adalah jika PM ke 7 adalah pemilik syarikat EQUAMUNITY (Cayman) Ltd.

    BAB 4

    Persoalan seterusnya Mengapa pula setelah dibawa ke Malaysia baharu hendak siasat siapa Tuanpunya kapal ni? Kalau tidak tahu Tuanpunya kapal ni, mengapa pulak di bawa ke Malaysia? Kenapa tak bawa ke United Nation ke? Bermakna reka cerita yang mengatakan ianya kepunyaan Jho Low yang dibeli dengan wang 1MDB adalah fitnah semata-mata ke?
    Kenapa nak siasat sampai 6-9 bulan hanya untuk nak tahu empunya kapal?
    Yg ni lagi pelik erk. Dalam dunia berteknologi tinggi yg mana capaian data hanya dihujung jari, perlukah 6-9 bulan?

    BAB 5

    Apakah harta yg disita oleh kerajaan, menjadi tanggungjawab kerajaan menangung kos selenggaraan. Tak logikkan? Adakah kereta anda yang disita oleh JPJ atau PDRM ditanggung kos selenggarannya oleh kerajaan? Adakah kapal ini perlu diselenggara? Siapa yang nak gunakannya? Setahu saya telah banyak kapal yang disita oleh kerajaan dan ianya menjadi besi buruk di dockyard di mana ia di simpan.

    Terlalu banyak misteri yang disorokkan oleh KERA jaan Puunah Harapan yang telus mulus tentang EQUAMINITY

    Dah faham?…. Haaaaaa… Tepuk lah???? ?

    #Equanimity #KerajaanPH
    ————————————————————

    jawapan:

    BAB 1-kes kapal dikaitkan dengan 1MDB yg berlaku di Malaysia bkn di Indonesia, penahanan kapal di Indonesia bukan disebabkan tercalitnya kes 1MDB but siasatan DOJ dan kaitan FBI iaitu kes di AS

    BAB 2-bapak Jho berkawan dengan Tun bukan masalah apa pun sbb yg dikaitkan adalah Jho bukan bapak dia

    Bab 3- kerajaan Malaysia ada hak utk bawa balik kapal itu atas dasar siasatan di Malaysia sedang dijalankan dan barang kes bersabit siasatan adalah kapal itu sendiri manakala indonesia tiada kepentingan utk menahan kapal tu lama2 sbb kes 1MDB bukan terjadi di Indonesia tetapi di Malaysia, pernah dengar istilah penyerahan barang kes? milik siapa kapal itu? tunggu siasatan selesai

    BAB 4-secara kasar ianya milik Jho (menurut DOJ), tetapi mengikut prosedure siasatan kena dapatkan dokumen pengesahan utk mengesahkan secara rasmi pemiliknya ( siapa pernah terlibat dlm proses penyiasatan faham situasi ini ), kenapa tempoh masa 6-9 bulan?klu prosedure penyiasatan tidak pelik walau 2 tahun sekalipun apabila melibatkan sitaan kapal bukan sitaan basikal

    BAB 5- barang kes mmng menjadi tanggungjawab pihak kerajaan yg menyita utk memastikan kos penyelenggaraan selama mana ianya masih dlm kes, kapal besar ( harga hampir 981j menurut DOJ) tidak pelik kos penyelenggaraan berjuta gak

    #tiada yg misteri sekiranya macai UMNO binti PAS guna otak bukan kepala lutut???