Ekonomi Negeri Sembilan semasa Tok Mat menjadi MB berbanding Pulau Pinang dibawah KM Lim Guan Eng #PRKRantau - pakdin.my

Ada kawan minta saya bandingkan ekonomi Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng dan ekonomi Negeri Sembilan di bawah Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Baik, kita lihat satu sahaja segmen dahulu: pengurusan kewangan

Sepanjang 9 tahun terakhir pentadbiran anak Lim Kit Siang (林吉祥), Pulau Pinang tidak pernah membentangkan bajet berimbang atau surplus. Semuanya defisit dan semuanya negatif. Malahan pada 3 tahun terakhir bermula 2016 hingga 2018, defisit terkumpul bajet Pulau Pinang adalah sebanyak RM1.707 bilion. [1] [2]

Bagaimanakah Pulau Pinang menanggung kekurangan hasil dan defisit tersebut? Jawapannya adalah melalui pemerahan Simpanan Terkumpul Negeri dan penjualan tanah.

Berdasarkan Laporan Audit Negara antara tahun 2008 hingga 2015, perolehan hasil penjualan tanah di negeri tersebut adalah sebanyak RM1.22 bilion. Ini tidak termasuk jualan tanah oleh PDC sebanyak RM173 juta dan tanah berkaitan projek terowong dan Penang Masterplan.

Bagaimana pula dengan Negeri Sembilan?

Pada 3 tahun terakhir pentadbiran Tok Mat, Negeri Sembilan membentangkan bajet berimbang (hasil = perbelanjaan) yang menyebabkan tiadanya pertambahan hutang dari segi operasi.

Dari segi hutang, jumlah hutang Negeri Sembilan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM2.39 bilion [3]. Hasil daripada inisiatif DS Najib Razak yang memulakan penstrukturan pengurusan aset air di hampir setiap negeri dan perbelanjaan berhemah pentadbiran kerajaan, hutang Negeri Sembilan telah berkurangan kepada RM196.71 juta pada hujung 2016 [4].

Berbanding Pulau Pinang yang menggunakan rizab simpanan bagi perbelanjaan bajet tahunan, Negeri Sembilan pula menitik beratkan keuntungan operasi. Hasilnya baki Kumpulan Wang Disatukan Negeri pada 2016 adalah sebanyak RM540juta berbanding RM522 juta setahun sebelumnya. Jumlah ini adalah lebih daripada cukup untuk membayar hutang negeri secara tunai sepertimana yang berlaku pada tahun 2012.[5]

Amacam? Itu baru pengurusan kewangan. Kita belum sembang lagi hakikat bahawa perbelanjaan operasi Pulau Pinang 2017 adalah sekitar 5 kali ganda berbanding 2008, pertumbuhan pendapatan median paling rendah antara semua negeri antara 2010-2015 dan pertumbuhan KDNK keempat terendah antara 2008-2015.

Bagi sikitlah dulu. Mengundi lagi 2 minggu. Bagi banyak2 kan tak ingat pulak. Awak Melayu (baca: Kerala) kan bangsa mudah lupa.

…………
Rujukan:

[1] https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/11/345574/kerajaan-pp-bentang-bajet-defisit-kali-kesembilan

[2] https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/11/06/bajet-pulau-pinang

[3] Jadual 4.40 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan 2010

[4] Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, Pejabat Ketua Audit Negara.

[5] Berita Harian, 15 Januari 2018

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

………
Lagi maklumat Pilihan Raya Kecil DUN Rantau
https://pakdin.my/tag/prk-rantau

UTAMAPILIHAN RAYAEkonomi Negeri Sembilan semasa Tok Mat menjadi MB berbanding Pulau Pinang dibawah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium