Ekoran Serangan Jakarta: Najib Pengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara - pakdin.my

najib-razak-mesyuarat-mkn

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali.

Najib dalam satu kenyataan semalam memaklumkan mesyuarat MKN itu untuk membincangkan langkah keselamatan yang telah diambil dan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan terbaru di Jakarta, Indonesia minggu lepas.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih yang boleh mencetus kebimbangan umum berhubung tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri juga berkata agensi keselamatan negara telah diarah untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di beberapa bandar besar dunia.

UTAMAPOLITIKEkoran Serangan Jakarta: Najib Pengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium