25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Eksklusif: Beberapa Pemimpin PKR Mahu Tetapkan Nilai Aset Air – Khalid

Khalid-Suez-SGHkaMenteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin parti dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba untuk mempengaruhi terhadap penilaian aset air di negeri itu.

Beliau berkata, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang cuba untuk membuat kes mereka mengenai mengapa penentuan harga aset air perlu lebih tinggi.

“Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama bahawa saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion.

“Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka,” katanya dalam temuramah pada Khamis.

Khalid juga menjelaskan mengapa mekanisme daripada perjanjian itu tidak dapat didedahkan kepada pihak dalaman mahupun di luar parti sebelum perjanjian itu ditandangani bersama Kerajaan Persekutuan pada Rabu.

Beliau menegaskan bahawa maklumat itu sekiranya didedahkan, akan memberi kesan kepada nilai saham berkaitan dengan aset-aset air.

“Saya juga mengambil berat mengenai kemungkinan penyebaran maklumat yang tidak benar dan urusan pihak dalaman. Ini adalah sebab-sebab mengapa pemimpin-pemimpin PKR tidak dimaklumkan lebih awal sebelum menandatangani perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan, ” katanya.

Khalid berkata, beliau tidak memberitahu pemimpin partinya berikut beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.

Pada Rabu, Kerajaan Persekutuan dan Selangor akhirnya menemui titik untuk bekerjasama mengenai syarat-syarat yang akan memudahkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air di negeri itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang akhirnya mengakhiri kebuntuan selama lima tahun ke atas pelaksanaan projek-projek air di negeri yang paling maju di negara ini.


Dalam perjanjian itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk pengambilalihan daripada empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas) , Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.

Khalid berkata, terdapat juga kebimbangan bahawa sekiranya terdapat maklumat yang disalahgunakan, keseluruhan transaksi akan dianggap sebagai tidak sah.

Menurut Khalid, beliau mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani MoU itu sebagai pemimpin PKR yang sudah mengetahui mengenai perjanjian itu sejak 2012 dan parameter transaksi itu tidak pernah berubah.

“Ia adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya 2013. Faktor-faktor seperti memastikan kenaikan tarif stabil dan bahawa kepentingan rakyat di Selangor tidak terjejas, semuanya disenaraikan,” kata beliau sambil menambah bahawa Kerajaan Persekutuan juga meminta agar mereka menjaga maklumat itu untuk memastikan bahawa perjanjian itu dilakukan secara profesional.

Khalid diberitahu bahawa Kabinet telah bersetuju dengan syarat berkenaan hanya pada pagi Rabu.

“Mereka berkata ‘datang dan tandatangan’. Ia semua dilakukan dalam tempoh beberapa jam,” kata beliau sambil menambah yang beliau akan mengadakan mesyuarat untuk memberitahu pemimpin PKR pada Jumaat.

Mengenai sama ada Kerajaan Pusat akan mematuhi perjanjian itu atau tidak, beliau berkata: “Saya yakin Kerajaan Persekutuan akan mengikut perjanjian itu.”

Katanya, MoU adalah sesuatu yang mereka perlu mengikut tanggungjawab seperti yang ditetapkan.

“Ia sesuatu yang tidak difikirkan akan kerajaan Persekutuan atau negeri untuk bertentangan dengan perjanjian itu,” katanya.

Berita Berkaitan

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...
00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...