28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu 58.9 peratus daripada jumlah eksport pada Julai 2020 diikuti Jerman (6.0 peratus), Finland (5.1 peratus), Iran (3.9 peratus) dan Taiwan (3.0 peratus).

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, stok getah asli turut mencatatkan penurunan pada Julai 2020 sebanyak 7.4 peratus kepada 235,119 tan metrik berbanding 253,994 tan metrik pada Jun 2020.

Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 24.7 peratus pada Julai 2020 kepada 41,801 tan metrik berbanding 33,531 tan metrik bulan sebelumnya manakala perbandingan antara tahun ke tahun pula menunjukkan penurunan sebanyak 30.4 peratus daripada bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Harga purata bagi Lateks Pekat merekodkan penurunan kepada 467.20 sen sekilogram berbanding Jun 2020 (479.90 sen sekilogram).

“Sebaliknya, Getah Mutu Malaysia 20 menambah kepada 497.86 sen sekilogram daripada 484.33 sen sekg bagi tempoh yang sama,” kata beliau.

Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan bahawa penggunaan getah asli di peringkat domestik pada Julai 2020 ialah 46,844 tan metrik, meningkat 5.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Industri pembuatan sarung tangan getah adalah industri utama dengan penggunaan sebanyak 36,024 tan metrik atau 76.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik, katanya. -BERNAMA

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan