33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Elak dicekup khalwat, beri alasan tertidur selepas berbuka puasa

Wanita yang hanya berkemban cuba menyorok dalam almari bagi mengelakkan diri daripada dicekup.

AMPANG – Seorang wanita sanggup menyorok di dalam almari bagi mengelakkan diri dicekup dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, di sebuah apartmen, di sini awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban itu ditahan bersama pasangannya pada jam 1.40 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu bilik tidur pasangan terbabit, seorang lelaki hanya berseluar pendek membuka pintu.

“Lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berusia 23 tahun menyorok di dalam almari pakaian,” katanya.

Beliau berkata, ketika ditahan wanita itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik teman lelakinya selepas berbuka puasa.

“Wanita berkenaan bekerja di sebuah pasar raya di ibu kota, manakala lelaki terbabit bekerja di sebuah syarikat pembasmi serangga,” katanya.

Dalam operasi yang berasingan, sepasang kekasih dicekup khalwat di apartmen sama.

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu adalah penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka.

“Wanita yang berpakaian lengkap itu menyorok di belakang pintu bilik air ketika serbuan dijalankan, manakala pasangannya hanya berseluar pendek sedang baring di dalam bilik tersebut,” katanya.

Kedua-dua pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29 (1) (a) (b), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

[Video] GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu – Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan