Elak nampak bodoh, Armand batal hasrat buat laporan polis - pakdin.my

20160926-armand-perkasa

KUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan dirinya kelihatan bodoh, Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah membatalkan hasrat membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau menamakan beberapa pihak sebagai penaja gerakan menjatuhkan perdana menteri, selepas mendapati maklumat itu palsu.

Armand Azha berkata, beliau hanya mendapati maklumat itu tidak sahih selepas membuat pemeriksaan dengan pelbagai sumber.

“Semalam, seharian kita check, kita buat kajian, setelah kita kumpulkan maklumat tersebut, akhirnya kita dapati maklumat yang diberikan itu tidak sahih.

“Sebagai parti politik kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli parti tidak melaporkan benda yang palsu.

“Kita nak tunjuk contoh baik, kalau betul kita lapor, kalau tak betul, kita tak lapor, bukan untuk kepentingan nak glamour,” katanya di luar Balai Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Semalam, MalaysiaKini melaporkan Armand Azha menamakan anak seorang taikun dan seorang proksi terkenal untuk tokoh korporat sebagai penaja dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Armand Azha bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dalam dokumen sepanjang tujuh muka surat itu.

“Saya tidak boleh nyatakan. Tetapi, saya dah lihat dokumen tersebut dan bila kita check, ia tidak sahih. Yang penting, dokumen itu palsu.

“Saya tidak mahu jadi macam isu, bagi dokumen palsu, kita buat laporan polis, lepas itu polis check dokumen palsu dan kita nampak bodoh.

“Kita tidak mahu seorang pemimpin muda yang nampak tidak bijak. Nak jadi pemimpin kena bijak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kejadian itu perlu dijadikan contoh kepada pihak lain supaya tidak membuat laporan polis berdasarkan maklumat palsu pada masa depan.

Katanya, beliau sedia menerima sebarang maklumat atau dokumen berhubung gerakan menjatuhkan Najib daripada mana-mana pihak, tidak kira dari dalam atau luar negara.

“Saya sentiasa terbuka untuk menerima dokumen tersebut, tetapi saya akan menyemak dahulu dokumen tersebut sebelum proses yang seterusnya,” katanya.

UTAMAPOLITIKElak nampak bodoh, Armand batal hasrat buat laporan polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium