Statistik Corona

Malaysia
2,198,235
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
1,989,509
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
183,289
Active
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Malaysia
25,437
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Global

All countries
232,528,287
Confirmed
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
All countries
207,424,432
Recovered
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm
All countries
4,760,548
Deaths
Updated on September 26, 2021 19:08 7:08 pm

Elak Seekor Burung Dpercayai Punca Pesawat Cessna Hilang Kawalan

Pasukan petugas memberikan bantuan kepada salah seorang mangsa nahas pesawat Cessna di Ulu Yam.
Pasukan petugas memberikan bantuan kepada salah seorang mangsa nahas pesawat Cessna di Ulu Yam.

Pesawat Cessna 172 yang terhempas di kawasan Empangan Batu, Ulu Yam semalam dipercayai ada kaitan dengan percubaan mengelak dua burung helang ketika terbang dalam keadaan angin kencang.

Perkara itu diceritakan Syed Haidhar Syed Zulkifli, seorang dari tiga mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, kepada ibunya Sharifah Hatun Hanisah Syed Abd Rahman yang menemuinya di Wad Kecemasan Hospital Selayang di sini, Sabtu.

“Menurut anak saya, semasa mengelak (burung helang) tiba-tiba datang angin kencang yang membuatkan pesawat hilang imbangan,” kata Sharifah Hatun ketika ditemui pemberita di hospital itu.

Tiga mangsa pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS)ditemui selamat pada Sabtu setelah pesawat tersebut terhempas di kawasan Empangan Batu selepas dilaporkan hilang di sekitar Batu Caves kira-kira 5 petang Jumaat.

Mereka ialah Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 22; Syed Haidhar, 25; dan Shaiful Zafiq Razali, 24.

Sharifah Hatun bersyukur kerana anaknya terselamat dalam insiden itu disebabkan kecekapan juruterbang mengendali pesawat dalam keadaan kritikal.

“Kata anak saya ketika itu juga angin kuat dan pesawat tidak dapat berbuat apa-apa namun pilot amat cekap kerana dapat mendaratkan pesawat itu ke tempat selamat,” katanya.

Beliau kesal dengan media tertentu yang menyebarkan berita palsu di internet kononnya anaknya dan dua lagi maut dalam insiden tersebut.

“Sudahlah saya ada penyakit jantung ada pihak tidak bertanggungjawab membuat andaian awal dalam internet mengenai kejadian pesawat terhempas,” katanya.

Beliau berkata insiden itu tidak meruntuhkan semangat anak sulungnya daripada empat adik-beradik itu untuk menjadi juruterbang.

Malah anaknya itu yang begitu meminati dunia penerbangan sejak kecil akan tetap mencukupkan kredit jam penerbangan latihannya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata seorang daripada tiga mangsa nahas pesawat Cessna berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi berada di dalam keadaan semi-kritikal.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mangsa yang kritikal dan semi-kritikal.

Berkaitan