Elaun Ahli Parlimen yang diterima Nurul Izah adalah hasil FITNAH - pakdin.my

Seorang yang menang dengan fitnah pada PRU13 bakal menggantikan seorang lagi pemfitnah tegar ala makanan laut.

Kerana tahu tidak selamat di Lembah Pantai akibat fitnah dia terhadap Raja Nong Chik dan jarang di kawasan itu, Nurul Izzah bakal bertanding untuk PRU14 di parliment Pandan yang dianggap lebih selamat.

Beberapa hari sebelum PRU13 yang lalu, Nurul Izzah telah banyak kali memfitnah Raja Nong Chik yang merupakan lawannya di parlimen Lembah Pantai.

Izzah fitnah bahawa Raja Nong Chik terlibat dalam rasuah.

Akibat itu, Raja Nong Chik saman Nurul Izzah di mahkamah.

Nurul Izzah kalah dan sanggup membuat kenyataan maaf terbuka di mahkamah yang juga diterbitkan oleh portal MalaysiaKini. https://www.malaysiakini.com/news/272315


KENYATAAN MAAF DEFENDAN PERTAMA

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.


Pada PRU13, Nurul Izzah menang sangat tipis dengan 31,008 undi berbanding 29,161 untuk Raja Nong Chik.- majoriti yang cuma 1,847 undi.

Jikalau 924 pengundi ataupun 1.54% dari 60,169 pengundi pada masa itu menukar undi dari Raja Nong Chik kepada Izzah akibat termakan fitnah Izzah, maka boleh dikatakan bahawa Nurul Izzah telah menang dengan fitnah.

Ini bermaksud gaji dan elaun Ahli Parlimen Izzah RM26,000 sebulan selama 5 tahun sejak 2013 ialah hasil dari FITNAH.

Maka, parlimen Pandan bakal mendapat seorang pemfitnah yang disahkan mahkamah untuk mengganti seorang lagi pemfitnah yang banyak kali disahkan mahkamah.

Sudah fitnah di satu tempat lepas itu mahu lari ke tempat lain untuk teruskan fitnah?

LSS.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/38820/

UTAMAPOLITIKElaun Ahli Parlimen yang diterima Nurul Izah adalah hasil FITNAH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium