Elaun Bomba: Saya hampir putus asa, kertas cadangan kembalikan elaun ditolak 3 kali kata Zuraida muahahaha

Lepas PRU14, PH batalkan elaun khas ini

PH fikir Malaysia mudah lupa.
Elaun kritikal Bomba telah diumumkan lulus oleh BN pada 21 Mac 2018 sempena Hari Bomba tahun itu.

“Sempena Hari Bomba yang akan disambut pada 28 April ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan elaun khas bagi menghargai jasa anggota bomba yang banyak berkorban dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/402095/anggota-bomba-dapat-elaun-khas-rm200-sebulan

Lepas PRU14, PH batalkan elaun khas ini.

Sehingga DYMM YDP perlu campur tangan pada bulan Julai 2019 untuk mengembalikan elaun khas Bomba.

Kertas cadangan elaun anggota bomba diserah kepada Agong, kata Zuraida
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/26/kertas-cadangan-elaun-anggota-bomba-diserah-kepada-agong-kata-zuraida/

BN yang lulus,
PH yang batal,
YDP Agong yang tolong kembalikan,
PH pun kembalikan,
Lepas itu, PH tanya kenapa dulu BN tak lulus.

Jika BN masih mentadbir dan elaun Bomba lulus pada tahun 2018, besar kemungkinan elaun ini juga akan dinaikkan lagi untuk tahun 2020 untuk menghargai anggota Bomba akibat tragedi 6 ahli Bomba mati lemas pada bulan Okt 2018 serta tragedi kematian saudara Muhammad Adib.

Page Suara Rakyat:
https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1395878460590667/

Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156411918110952&id=157851205951

…………
Saya hampir putus asa, kertas cadangan elaun ditolak 3 kali – Zuraida

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengakui beliau hampir putus asa untuk memohon Elaun Perkhidmatan Bomba sebelum ini.

Beliau menjelaskan, ini kerana kertas cadangan elaun itu telah ditolak Kabinet sebanyak tiga kali.

Menurutnya, terlalu banyak kekawang yang dihadapi sehinggalah mendapat keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Agong sangat prihatin dan Baginda merasa anggota bomba berhak mendapat elaun tersebut.

“Saya buat lagi kertas cadangan kepada Baginda untuk diminitkan kepada Kementerian Kewangan.

“Baginda tidak titah hanya mohon pertimbangan sahaja. Selepas itu apabila saya buat susulan, ada lagi kekangan.

“Saya jumpa perdana menteri lagi dan hampir putus asa kerana ditolak tiga kali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampai amanat kepada anggota bomba selepas Majlis Amanat, Tahlil dan Kenduri Kesyukuran sempena keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan Elaun Perkhidmatan Bomba di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini malam ini.

Pada 11 Oktober lalu, kerajaan telah meluluskan permohonan Elaun Perkhidmatan Bomba berjumlah RM200 yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Zuraida berharap elaun yang diberikan itu dapat memberikan rangsangan motivasi kepada 14,400 anggota bomba di seluruh negara untuk menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Agong; Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng atas kelulusan permohonan itu. – MalaysiaGazette

Loading...