26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 15, 2021

Elaun Sara Hidup Nelayan Di Mansuhkan – Mahathir

#KERAjaanTomato #Mahazalim #KosSaraHidupRakyat #PenaikHarga #RakyatDiTindas #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih tidak senang dengan bantuan bulanan kepada nelayan, walaupun menteri kabinetnya memberi jaminan elaun sara hidup berkenaan tidak akan dimansuhkan.

Mahathir sekali lagi mengulas mengenai elaun nelayan dalam wawancara dengan laman web perniagaan Investvine yang diterbitkan hari ini.

“(Kerajaan terdahulu) memberi duit kepada nelayan, sama ada mereka menangkap ikan atau tidak, itu bukan soalnya, mereka mendapat (RM) 300 sebulan seperti gaji.

“Sekarang kita tidak mampu berbuat demikian kerana wang yang diberikan kepada mereka telah diambil daripada kerajaan atau daripada sumber haram,” katanya.

Dua minggu lalu Mahathir dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memberikan kenyataan bertentangan mengenai bantuan elaun sara hidup nelayan antara RM200 dan RM300 setiap bulan.

PM kata batal, menteri kata kekal

Mahathir dalam temu bual dengan Malay Mail, berkata bantuan itu akan dibatalkan, tetapi Salahuddin dalam satu sidang akhbar berkata ia akan dikekalkan.

Salahuddin kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan berkata Mahathir bermaksud menghapuskan insentif tunai satu kali oleh kerajaan BN kepada nelayan dan bukannya elaun sara hidup bulanan.

Terdahulu dalam wawancara Investvine itu, Mahathir menjelaskan pemberian wang tunai secara umumnya dapat menjejaskan daya saing mereka dan mewujudkan pergantungan kepada bantuan kerajaan.

“Ini melemahkan etika kerja mereka, mereka tidak lagi bekerja untuk mendapatkan nafkah. Mereka merasakan bahawa walaupun kamu tidak bekerja, kerajaan mempunyai amanah untuk membantu mereka dan ini tentunya sangat buruk kerana ini bermakna mereka tidak berdaya saing.

“Akhirnya bilangan orang yang memiliki daya saing akan berkurangan dan mereka tidak akan dapat membayar cukai yang diperlukan oleh kerajaan untuk menyokong gaya pentadbiran (BN) yang sangat boros ini yang memberikan hadiah percuma kepada rakyatnya.

“Jadi, kita perlu mengubahnya dan sudah tentu ada kosnya,” katanya.


https://pakdin.my/tag/nelayan/

Berita Berkaitan

Komen

  1. Korang cuba flash back zaman atuk ni dulu ada ka bantuan nak sara2 idup rakyat. X dakkk.. Budak skolah nk dpt bantuan BKP pn berapa kerat aje. Aku form 5 baru dpt walaupun status anak yatim. 2 pn nasib baik top student. klo x taubat la nk merasa bantuan.. Zaman DSN je banyak diwujudkan bantuan utk kebajikan rakyat ni..

  2. Apa la sangat RM300 sebulan tu (duit rokok aku lagi lebih)..USA boleh bagi USD450 seminggu (dekat RM8 ribu sebulan) pada penganggur..tak campur kupon2 makanan lagi..tak bengkrap pun USA..rakyat USA tak malas kerja pun.

  3. Kalau hujan dah tak boleh kerja…

    Ribut melanda…
    Anak2 nk makan apa….. Nasib baik ada ikan masin.
    DSN perhatian bantuan bulanan UTK nelayan dan pekebun getah.
    Berjimat2 dgn duit yg ada tu.

  4. Lps ni klu ikan mahal blh guna alasan ni. Nelayan xde duit tpksa ltk hrga tggi. Yg mndapat kita ni laaa. Ingtkn gst xde mmbntu rupanyer mkin beban… seronok tak korg yg rkyat yg bijak sgt memilih… berkira sgt 6% sbb katanyer pnyamun ambik. Pnyamun yg korg kata tu pulang blik 6% kt rkyat. Yg kata nk mnyelamatkn ni byk bg kt kroni…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.