Emirates mendarat cemas dan terbakar : Seorang anggota bomba maut ketika padam kebakaran - pakdin.my

DUBAI: Seorang anggota bomba maut ketika bertungkus lumus memadam kebakaran pesawat Emirates yang terbabas dan terbakar ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa di sini, kata pengerusi syarikat penerbangan itu, Sheikh Ahmed Saeed al-Maktoum.

Sheikh Ahmed berkata, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu di mana 14 orang turut dirawat di hospital akibat cedera ringan.

Beliau berkata, nahas pesawat dari India itu bukan disebabkan sebarang pelanggaran keselamatan.

Katanya, pesawat itu yang berkhidmat sejak 2003, diselenggara pada 2015 dan juruterbang tempatan mempunyai lebih 7,000 jam pengalaman penerbangan.

Beliau memaklumkan sidang media di sini, Emirates sentiasa mematuhi piawaian antarabangsa dan tegas dalam melaksanakan peraturan penyelenggaraan serta keselamatan.

Sementara itu, pejabat media kerajaan di sini berkata, kesemua 282 penumpang dan 18 kru berjaya menyelamatkan diri selepas pesawat terbabit terbabas dan terbakar ketika mendarat, namun seorang anggota bomba terbunuh ketika cuba memadam kebakaran.

UTAMADUNIAEmirates mendarat cemas dan terbakar : Seorang anggota bomba maut ketika padam...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium