31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Empat cedera ditimpa pokok di pasar malam Paya Jaras

pokok tumbang pasar malam paya jaras 1

SUNGAI BULOH: Seorang remaja berusia 13 tahun antara empat yang cedera akibat pokok tumbang dalam kejadian ribut dekat tapak pasar malam di Paya Jaras di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin, berkata kejadian pada jam 3.20 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang membuat persiapan membuka gerai untuk berniaga di pasar malam terbabit.

“Remaja terbabit cedera di kepala dan patah tangan kiri, manakala dua lagi lelaki berusia 21 dan 53 tahun cedera pada badan dan pinggang.

“Seorang lagi mangsa iaitu wanita warga Indonesia berusia 40 tahun hanya cedera ringan. Semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Rozi berkata, kejadian itu turut mengakibatkan sebuah lori dan tiga van milik peniaga rosak teruk, manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian ribut itu turut menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak.

“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Jaras kini sedang membuat bancian mengenalpasti jumlah kediaman penduduk yang rosak,” katanya.

pokok tumbang pasar malam paya jaras 2

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...