25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Empat Sekeluarga Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Empat Kes Bunuh Dan Bakar Di Tapah

DUA daripada empat suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kes pembunuhan di Jalan Pahang-Tapah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tapah menaiki kenderaan Polis untuk perintah tahanan reman. - Foto Supian Ahmad
DUA daripada empat suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kes pembunuhan di Jalan Pahang-Tapah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tapah menaiki kenderaan Polis untuk perintah tahanan reman

IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, dekat sini, minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata penahanan itu susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat Tapah pada 25 Oktober lepas.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah kira-kira pukul 1.30 tengah hari, pada 26 Oktober lepas.

“Pasangan suami isteri yang ditahan itu berusia 57 (suami) dan 54 tahun (isteri) manakala dua anak lelakinya masing-masing berusia 20 dan 17 tahun.

“Suspek berusia 57 tahun itu bekerja sebagai mekanik manakala isterinya seorang suri rumah. Sementara itu, anak lelaki yang berumur 20 tahun bekerja sebagai mekanik dan seorang lagi tidak mempunyai pekerjaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini Isnin.
Hasnan berkata hasil siasatan awal mendapati, bapa serta anak lelakinya yang berusia 20 tahun itu terlibat dengan kes kehilangan mangsa pertama dan maklumat mendedahkan mangsa dibunuh dan dibakar di bengkel milik suspek.

“Sisa pembakaran telah dibuang di dalam sungai yang berhampiran manakala motosikal mangsa ditinggalkan di tepi jalan menghala ke Cameron Highlands.

kes-bunuh-bakar-tapah-buang-abu-mayat

“Siasatan lanjut terhadap suspek turut mendedahkan tiga lagi mangsa hilang di sekitar kawasan Tapah dipercayai telah dibunuh dan dibakar dengan modus operandi yang sama.

“Mangsa-mangsa itu ialah seorang wanita berusia 56 tahun, bekerja sebagai pengusaha bas dan dilapor hilang pada 1 Mac 2014, seorang lelaki berumur 24 tahun bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan, dilapor hilang pada 15 Jun tahun yang sama dan seorang lelaki berusia berusia 36 tahun, bekerja di bengkel milik suspek yang dilapor hilang pada 30 Oktober 2012,” katanya.

Hasnan berkata Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah menjalankan siasatan di beberapa kawasan kejadian.

Menurut Hasnan, beberapa sampel tulang yang dijumpai di sekitar kawasan kejadian telah dihantar ke HRPB untuk menjalani proses mengenal pasti asid deoksiribonukleik (DNA).

Beliau berkata suspek berusia 57 tahun itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau antaranya pecah rumah, tipu, mencuri dan pecah amanah.

Hasnan berkata motif pembunuhan disebabkan hal berkaitan dengan hutang, penjualan tanah yang gagal serta seorang daripada mangsa dibunuh dipercayai mencuri barang hak milik suspek.

“Kita sedang menyiasat kemungkinan ada lagi mangsa yang terlibat dalam kes ini dan siasatan mengenai perkara itu masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan reman sejak 27 Oktober lepas, disambung reman selama lima hari bermula pada Isnin bagi membantu siasatan.

Terdahulu, di Mahkamah Tapah pada Isnin, polis mendapat perintah untuk melanjutkan tempoh reman terhadap empat suspek itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Nurul Nadia Abdul Razak di Mahkamah Majistret.

Tinjauan di lokasi kejadian yang juga merupakan rumah suspek di Batu 1, Jalan Pahang, Tapah mendapati rumah berkenaan yang turut menempatkan bengkel membaiki kenderaan dilihat tidak berpenghuni selain terdapat lebih 20 ekor anjing berkeliaran di kawasan rumah berkenaan.

kes-bunuh-bakar-tapah-bengkel

kes-bunuh-bakar-tapah-bakar-mayat


Mungkin lebih daripada empat mangsa?

kes-bunuh-bakar-tapah.suspek

Ipoh: Siasatan polis dalam kes empat beranak disyaki membunuh empat mangsa di Tapah turut tertumpu kepada kemungkinan suspek membunuh lebih daripada empat mangsa.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, terdapat laporan polis terhadap empat mangsa yang dilaporkan hilang itu dan kemungkinan ada individu lain yang menjadi mangsa keluarga terbabit dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

Katanya, empat mangsa yang disyaki dibunuh oleh empat beranak itu terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki.

“Pada 25 Ogos lalu, polis menerima laporan mengenai kehilangan seorang pekebun yang juga broker tanah berusia 46 tahun dan hasil siasatan membawa kepada penahanan empat beranak terbabit pada 26 Oktober lalu kira-kira 1.30 tengah hari di sebuah bengkel kenderaan.

“Butiran tangkapan adalah seorang mekanik berusia 57 tahun (bapa), mekanik berusia 20 tahun (anak lelaki), seorang penganggur 17 tahun (anak lelaki) dan seorang wanita berusia 54 tahun (isteri).

“Siasatan mendapati suspek dipercayai terbabit dengan kes kehilangan broker tanah berkenaan dan siasatan lanjut turut mendedahkan tiga lagi mangsa dipercayai dibunuh oleh keluarga berkenaan,” katanya pada media, di sini, petang tadi.

Menurutnya, tiga lagi individu yang dipercayai menjadi mangsa keluarga berkenaan adalah seorang wanita berusia 56 tahun yang juga pengusaha bas persiaran yang dilaporkan hilang pada Mac 2014, seorang lelaki berusia 54 tahun bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan yang dilaporkan hilang pada Jun 2014 dan seorang lelaki yang bekerja sebagai mekanik dan dilaporkan hilang pada Oktober 2012.

“Maklumat mendedahkan kesemua mangsa dibunuh dan dibakar sebelum sisa pembakaran serta abu dibuang di sungai berhampiran bengkel kenderaan diusahakan suspek,” katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan