Home BERITA Enam gerabak tren kargo tergelincir di Tanjung Malim

Enam gerabak tren kargo tergelincir di Tanjung Malim

  • Tren tersebut dalam perjalanan ke Ipoh dari Pelabuhan Klang
  • Perkhidmatan tren penumpang yang masih beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terjejas
  • Tiada kemalangan nyawa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan

SEBUAH tren kargo dengan 43 gerabak pelbagai muatan tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim, dekat Muallim pagi Sabtu.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Kamarulzaman Zainal berkata dalam insiden itu, enam gerabak terakhir tren itu tergelincir ketika sedang melalui stesen tersebut pada 6.55 pagi.

Beliau berkata tren tersebut dalam perjalanan ke Ipoh dari Pelabuhan Klang dan membawa pelbagai barangan termasuk tekstil dan peralatan kejuruteraan.

“Insiden kegelinciran itu telah mengakibatkan satu landasan terhalang.

“Bagaimanapun, perkhidmatan tren penumpang yang masih beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terjejas ekoran insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Beliau berkata tiada kemalangan nyawa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

- Advertisement -

“Semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah dimaklumkan.

“Siasatan juga telah dijalankan ke atas pemandu tren dan pembantunya yang terlibat dalam insiden itu,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memberitahu, kakitangan KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat.

Ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta.

Selain itu, ia bagi memastikan operasi tren-tren penumpang tidak terjejas apabila beroperasi sepenuhnya selepas tempoh PKP nanti. – BERNAMA

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,792FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Menteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya,...

[Video] Keahlian Tun M Terhenti Secara Undang-Undang – Hamzah Zainuddin

SETIAUSAHA Agung Bersatu Hamzah Zainuddin  hari ini tampil mempertahankan keputusan parti memberhentikan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen parti yang lain, semalam. Katanya,...

Seorang menteri dari PPBM bakal umum letak jawatan petang ini?

Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan mengenai perkara...

Satu lagi “kejadian besar”? Mahathir tetap mahu jadi PM

Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana...

5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka. Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman. Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..